bangun I

1. bangkit (daripada duduk, tidur, dan lain-lain):
sekali jatuh, sekali ia ~;
jatuh ~
ki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dan sebagainya);

2. jaga (daripada tidur), bangkit:
pagi-pagi aku ~;

3. jaga (tidak tidur):
ketika awak pulang saya masih ~;

4. siuman (daripada pengsan):
setelah pengsan, ia tidak ~ lagi;

5. sedar, insaf (akan kedudukannya):
pada masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~;

6. bangkit, muai (adunan):
tepung ini tidak mahu ~;

7. menjadi cair(minyak yang beku):
panaskan minyak ini supaya ~;

membangun
1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dan lain-lain):
pelangi ~;

2. berkembang dan meningkat maju:
negara-negara yang sedang ~;

membanguni
1. [sastera lama] bangun daripada tidur untuk melakukan sesuatu tindakan;

2. [Jakarta] membangunkan (dari tidur);

membangunkan
1. menyuruh seseorang yang sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejuntukan:
setiap hari ibunya ~nya pada pukul enam pagi;

2. menyebabkan seseorang yang sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dan sebagainya), membangkitkan, mengejuntukan:
dentuman yang kuat itu ~nya daripada tidur;

3. membina, mendirikan, membuat:
bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja;
bandar itu dibangunkan di atas kawasan yang mengandungi bijih;
mengutip derma untuk ~ madrasah;

4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan:
~ negara;
~ bangsa;

5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan:
~ minat;
~ hasrat untuk berdikari;

terbangun terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dan lain-lain):
dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;

bangunan sesuatu yang dibangunkan (seperti gedung, rumah, kedai, dan lain-lain):
~ lama;

kebangunan kebangkitan, keinsafan, kesedaran:
~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;

pembangunan
1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dan sebagainya);

2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan):
~ luar bandar;
~ sistem;

pembangun orang yang membangunkan, pembina.

berkongsi