bangsawan

1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia:
seorang ~ yang bernama Datok Alam Tujuh;

2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yang disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu):
panggung ~;
anak ~

a) anak orang bangsawan;
b) pelakon komedi bangsawan;

membangsawankan mengubah sesuatu cerita dalam sesuatu bentuk (seperti bertulis, lisan, dan sebagainya) ke dalam bentuk bangsawan:
~ Hikayat Si Miskin;

kebangsawanan
1. kedudukan yang bersifat bangsawan:
sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan;
~ turunan;

2. [kiasan] sifat kemuliaan:
~ fikiran.

berkongsi