baju

pakaian untuk menutup badan;
~ alang baju kurung yang berlengan pendek;
~ anggerka [arkaik] baju dalam cara India;
~ antakesuma = ~ layang [sastera lama] baju untuk terbang;
~ antari = ~ lantari [arkaik] baju seperti baju anggerka (cara Arab);
~ ayat = ~ pelias [arkaik] baju belah yang berazimat;
~ bajang = ~ bersayap [arkaik] baju belah yang menyerupai ekor burung layang-layang;
~ basterop [Indonesia] baju yang tidak ada kolar dan lengan;
~ belah bakung [arkaik] baju yang berlengan pendek (berbelah di bahu);
~ belah benian = ~ bunian sejenis baju belah;
~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan [arkaik] baju belah yang pergelangan lengannya berbelah;
~ besi baju daripada besi (dipakai dalam peperangan);
~ beskat = ~ weskot baju yang dipakai di bawah baju kot;
~ bidadar [arkaik] baju kot pengantin baru;
~ bakdung [arkaik] baju yang berbutang di belakang;
~ Cina baju potongan Cina;
~ dalam anak baju;
~ hujan sejenis baju labuh daripada bahan kalis air, misalnya plastik yang dipakai untuk melindungi seseorang daripada dibasahi air hujan;
~ jas [Indonesia] kot;
~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju;
~ Johor
a) baju Melayu yang tidak berkolar;
b) baju kurung;
~ kebaya baju perempuan, yang pendek dan berbelah di bahagian dada;
~ kemeja baju potongan Eropah;
~ kepuk baju yang berleher tinggi;
~ kuntum sejenis baju potongan Melayu;
~ kurung baju yang tidak berbelah dada;
~ kutang anak baju (perempuan);
~ maskat [arkaik] baju dalam yang diikatkan di belakang;
~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu;
~ monyet [Indonesia] sejenis baju anak-anak (baju dan seluar bersambung);
~ panas
a) = ~ sejuk
b) anak baju;
~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yang dihiasi bunga daripada emas perada;
~ pesak sebelah [arkaik] baju belah yang dadanya dua lapis;
~ pokok [arkaik] baju belah yang tidak berlengan;
~ rantai sejenis baju besi daripada rantai kecil-kecil;
~ sejuk = ~ panas baju yang dipakai untuk memanaskan badan;
~ seroja = ~ teratai [arkaik] baju Sumatera yang berbunga benang emas;
~ sikap sejenis baju Jawa berlengan panjang;
~ songsong barat [sastera lama] baju antakesuma;
~ tapung sejenis baju Bugis;
~ Teluk Belanga baju Melayu;
~ toro [arkaik] baju Jawa yang dipakai oleh pelayan;
~ indah dari balai, tiba di rumah menyarungkan (peribahasa) hukum yang telah putus dan tidak boleh dibanding lagi;
bagai memakai ~ sempit (peribahasa) perbuatan yang tidak sesuai dengan keadaan diri;
mengukur ~ di badan sendiri (peribahasa) kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dengan darjat orang lain);
mencabik ~ di dada (peribahasa) meceritakan aib sendiri;

berbaju memakai baju;

membajui mengenakan (memakai) baju kepada:
~ boneka.

berkongsi