ruwat.
Author Archives: admin
ruat II
[Jawa]
1. pulih kembali seperti sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah, dan lain-lain);
2. terselamat (terlepas, bebas) daripada nasib buruk yang akan menimpa (bagi orang yang menurut kepercayaan akan tertimpa nasib buruk);
3. = ruatan upacara menyelamatkan orang daripada nasib buruk yang akan menimpa, upacara menolak bala;
meruat
1. mengembalikan kepada keadaan yang dahulu:
~ harimau jadi-jadian;
2. menyelamatkan orang daripada malapetaka yang akan mengenainya, menolak bala.
ruat I
1. goyah, goyang (gigi), hampir tumbang (pokok);
2. [kiasan] tidak tetap, selalu berubah-ubah (hati dan lain-lain);
3. terbongkar perdu dan tumbang (pokok).
ruas-ruas
sejenis tumbuhan (pokok kecil), limau, melimau, penawar putih, Gelonium glomerulatum;
~ jantan sejenis tumbuhan (pokok renek), Daphniphyllum laurinum.
ruas II
se~ semalam sejenis tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, Polyangonum barbatum.
ruas I
bahagian di antara buku dengan buku (buluh, jari, tebu, dan lain-lain):
~ buluh;
beberapa ~ tebu;
beberapa ~ lemang beberapa batang lemang;
bertongkat ~ bertelekan, berteleku;
sebagai betung se~ jujur benar, lurus hati;
bertemu (berjumpa) ~ dengan buku = bertemu (berjumpa) buku dengan ~ (peribahasa)
a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan);
b) balasan atau pembelaan yang sangat tepat (setimpal);
terhentak ~ ke buku (peribahasa) [Minangkabau] hilang akal;
tinggi terbawa oleh ~nya (peribahasa) perihal seseorang yang masih bodoh walaupun tubuhnya besar;
beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya:
kaki yang ~;
binatang yang mempunyai anggota ~;
buluh yang tidak beruas buluh yang tidak ada ruasnya;
peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pada tulang dan lain-lain).
ruap
[Minangkabau] buih:
apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dan lain-lain;
~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yang sangat hina dalam masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat;
meruap
1. [Minangkabau] berbuih, membuih:
air sabun itu ~;
2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dan lain-lain), membual dan berbuih-buih (air soda dan lain-lain yang dituang dalam gelas):
nasi yang ditanaknya itu ~;
gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih;
3. = meruap-ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dan lain-lain), meluap-luap, menyala-nyala:
semangat orang akan ~ dan menyala lagi;
perasaan manusia yang hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yang merdeka;
darah ~ naik ke muka;
~ darahnya marah sekali;
4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan:
~ kerana kena panas;
5. menyombong, bercakap besar (membual):
jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri;
6. merebak (bau dan lain-lain):
dari dapur, ~ bau gulai ayam yang membuka selera;
7. (Kimia) cepat menjadi wap pada suhu bilik (berkenaan (dengan) pepejal atau cecair);
kemeruapan
1. (Kimia) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yang cepat bertukar menjadi wap:
setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yang mempunyai kelikatan dan ~ yang berbeza;
2. (Ekonomi) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dengan cepat.
ruang
1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah):
besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa;
2. bahagian yang (dibiarkan) kosong atau terbuka dalam sesebuah bangunan;
3. lubang yang terdapat dalam sesuatu benda, rongga:
~ hidung;
~ dada;
4. rongga yang dibatasi oleh bidang;
ilmu ukur ~ pengetahuan untuk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dan lain-lain);
5. (dalam ilmu falsafah) tempat atau rongga yang tidak ada batasnya, tempat segala yang ada:
namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas untuk bergerak, baik dalam ~ mahupun waktu;
6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain;
~ waktu yang sempit jarak waktu yang pendek (terhad);
7. = ruangan tempat yang lapang, bilik (bilik dalam rumah, bilik darjah, dan lain-lain):
~ duduk kami menghadap ke beranda;
matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu;
8. petak-petak dalam buah, pangsa;
durian lima ~ durian lima pangsa;
9. = ruangan tempat yang lapang dalam kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka:
perahu itu bocor, ~nya berisi air;
air ~ air dalam ruang kapal (perahu);
10. = ruangan petak atau kolum dalam surat khabar dan lain-lain, lajur:
satu hal yang baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan seperti sorotan, cerita pendek, dan lain-lain;
11. = ruangan petak atau kolum untuk angka:
sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dengan 76;
~ se (puluh, ratus, dan lain-lain);
12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan;
mencari ruang(an) hidup baharu;
tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di lingkungan pandangan mata;
13. peluang atau skop:
Islam memberi ~ kepada akal manusia menyingkap rahsia alam tabii;
~ angkasa angkasa lepas;
~ badan rongga pada badan;
~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dalam rumah;
~ dapur bahagian dapur rumah;
~ depan (muka) bahagian depan rumah;
~ lakon ruang (di pentas dan sebagainya) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita);
~ legar ruang yang agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dan sebagainya, lobi, foyer;
~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dan sebagainya);
~ mulut rongga mulut;
~ niaga ruang untuk menjadi tempat berniaga (dalam kompleks perniagaan dan sebagainya);
~ rias (hias) bilik atau tempat berhias;
ruang(an) selisih kolum (petak) yang menunjukkan angka selisih (dalam matematik);
~ tamu bilik atau ruang untuk menerima tamu;
~ udara
a) ruang terhad tempat udara wujud;
b) angkasa;
c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yang dari segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan:
~ udara Malaysia; bawah ~ [Brunei] bahagian di antara penyokong dengan lantai perahu;
merajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga (peribahasa) marah yang tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kepada kita;
beruang mempunyai atau ada ruang yang kosong atau lapang:
bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung untuk berbaring merehatkan badan;
meruang mengeluarkan kotoran dari dalam perut mayat, menyucikan mayat;
~ senjata membersihkan senjata;
ruangan ruang;
~ pojok ruangan dalam akhbar atau majalah yang dikhaskan untuk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan.
ruan
singkatan bagi haruan.
ruam
bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dan lain-lain);
~ panas ruam yang gatal-gatal yang disebabkan oleh radang pada kelenjar peluh;
meruam timbul ruam.