rubiah

[Arab]

1. wanita yang soleh;

2. isteri guru (ulama);

3. guru wanita yang mengajar mengaji (Quran). rubidium (Kimia) sejenis unsur logam yang sangat reaktif dan mudah terbakar.

rubela

(Perubatan) penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.

rubarb

sejenis sayuran seperti saderi yang berdaun besar daripada genus Rheum, tangkai daunnya yang panjang, berisi dan berwarna merah tua, biasanya dimakan setelah dimaniskan dan dimasak.

ruban

[arkaik] = air ~ air yang terdapat dalam minyak kelapa (masa memasak minyak);

meruban membuang (mengeluarkan) air ruban.

rubah II

[arkaik];

berubah menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dan lain-lain);

merubah menjadikan lain daripada yang asal, mengubah:
ia ingin ~ penghidupannya;
kebudayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia;
~ perangai
menukar perangai;

perubahan perihal berubah;

ubah I.

ruba

= ruba-ruba [Jawa]

1. [sastera lama] hadiah daripada nakhoda perahu kepada pembesar pelabuhan dan lain-lain;

2. pemberian sebagai suap, pemberian rasuah.