said

lipatan pada pakaian (seluar, baju, dan lain-lain) yang telah digosok (diseterika);

bersaid ada saidnya:
sekarang dia memakai pakaian yang ~ .

sai

[Arab] rukun dalam ibadat haji atau umrah, iaitu berjalan ulang-alik menurut peraturan tertentu dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali;

bersai mengerjakan sai:
orang yang uzur boleh ~ dengan diusung atau berkereta sorong.

sahut

balasan (kpada panggilan atau pertanyaan), jawab:
Apa, kak? ~ perempuan itu;

bersahut berjawab, berbalas:
laungan itu tiada juga ~;

bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut berbalasan, berjawab-jawaban:
bunyi riang-riang rimba ~ dengan bunyi burung hutan;

menyahut
1. menjawab (panggilan, pertanyaan, dan lain-lain), membalas:
ia tidak ~ ketika disapa oleh temannya;
saya ~ salamnya;

2. memberi reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dan sebagainya):
kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yang akan datang;

menyahuti menjawab akan, membalaskan:
maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu;

sahutan kata-kata untuk menyahut, hasil perbuatan menyahut:
~nya kedengaran begitu lemah;

penyahutan perbuatan menyahut.

sahur

berjaga:
makan ~ makan selepas waktu tengah malam sebelum terbit fajar dalam bulan Ramadan (juga dalam bulan lain bagi orang yang hendak berpuasa);

bersahur makan sahur:
pagi itu saya tidak ~.

sahsiah

[Arab] keperibadian, peribadi:
yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sebagai insan yang terpuji.

sahih

pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima):
rasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~;
diterima sebagai bukti yang ~;

mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan;

kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah):
mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka;

ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih;

pensahihan perihal mensahihkan sesuatu.

sahifah

[Arab] lembaran yang bertulis, muka surat (buku dan lain-lain), naskhah bertulis, dokumen;

= suhuf.