sakarida

(Biologi) karbohidrat yang larut dalam air, berhablur, berasa manis, yang terdapat dalam tisu hidup, misalnya glukosa dan sukrosa.

sakan

[Kedah], [Kelantan], Tr
1. banyak (barang dan lain-lain);

2. teruk (penyakit), berat;

3. lebat (hujan).

sakal II

pukul, bantai;
kena ~ kena pukul;
samun ~ menyamun serta menganiaya;

menyakal memukul, membantai:
aku mesti sakal kepala engkau kali ini.

sakai

1. nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya);

2. nama untuk suatu kaum daripada orang asli, Senoi;
penghulu ~ ketua orang sakai, tok batin;

3. orang suruhan, hamba, pengikut:
maka segala ~ biduanda di perahu itu pun habis terjun.

saka V

(Pertanian) jenis tumbuhan (kunyit dan lain-lain) yang hidup semusim atau setahun sahaja.