sangkal

bantah:
Tidak, itu tidak benar sama sekali, ~nya;

bersangkal
1. tidak menurut atau mengikut (perintah dan lain-lain), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dan lain-lain):
mengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu?

2. tidak mengaku, berdalih, berdusta:
walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim;

menyangkal
1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dan lain-lain), tidak mengiakan:
pegawai itu telah ~ berita yang mengatakan ia akan berhenti;

2. membantah, melawan, menentang, menolak, menyanggah:
selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang;

sangkalan bantahan, sanggahan:
kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh mereka;

penyangkalan perihal menyangkal (membantah dan lain-lain), penafian;

penyangkal orang yang menyangkal;
~ Allah orang yang tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yang kufur).

sangkak I

1. = ~ kayu cabang kayu;

2. = ~ ayam sarang ayam (yang sedang mengeram), petarangan, terak, sangkar ayam;
menjunjung ~ ayam (peribahasa) mendapat malu besar;

menyangkak
1. = ~ bulu tegak bulu roma (kerana takut, seram, dan lain-lain);

2. = ~ hatinya marah, meradang.

sangka I

1. pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira:
pada ~nya tuan hamba berani;
mak cik ~ saya yang mencuri getah mak cik?;
tiada ~
[sastera lama] tiada terkira (terperi, terkhabar, dan lain-lain);

2. keraguan, kekhuatiran, syak, waham:
timbul syak dan ~ dalam hatinya;

bersangka
1. mengira, menaksir, menduga, mengagak:
janganlah sekali-kali tuan-tuan yang membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku;

2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas:
jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain;

menyangka
1. menduga, mengira:
ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang mengingat sesuatu daripada orang dewasa;

2. menaruh syak, mencurigai:
biarlah orang lain ~ jahat akan ibu;

3. menganggap seperti, mengira sebagai;
yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia (peribahasa) orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya;

tersangka
1. diduga, dikira;

2. disyaki, dicurigai;

sangkaan, persangka, persangkaan apa yang disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak:
janganlah kamu menaruh ~ yang buruk-buruk;
apa dipedulikan pada persangkaan orang terhadap kita;

penyangka orang yang menyangka.

sangih

[Minangkabau] berasa penuh atau senak perut (kerana kekenyangan), segah, senuh.