santak II

hingga (sampai) ke:
dari pagi ~ ke petang saya duduk keseorangan di rumah;
katil itu diletakkan berderet-deret hingga ~ ke dinding;
~ kanan
bahan teks yang diatur huruf dan direka letak sejajar dengan jidar kanan halaman sesebuah buku, majalah, dan lain-lain;
~ kiri bahan teks yang diatur huruf dan direka letak sejajar dengan jidar kiri halaman sesebuah buku, majalah, dan lain-lain.

santai

dalam keadaan rehat dan bebas, bebas daripada tekanan (desakan, ketegangan):
sesuai benar untuk tempat berbincang tentang perkara-perkara yang rumit secara ~ tetapi mendalam;

bersantai, bersantai-santai berbuat apa sahaja dengan bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan):
apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga;

menyantaikan menyebabkan atau menimbulkan rasa santai:
pemandangan di situ amat ~;

kesantaian keadaan santai, keadaan sedang berehat-rehat dan bebas daripada tekanan:
setiap kali anak mahu berbual mesra dengan mereka, ini dianggap sebagai gangguan terhadap ~ diri mereka itu.

santa

[Indonesia] gelaran bagi wanita yang keramat (dalam agama Kristian):
S~ Maria.

sanjung

menyanjung
1. sangat menghargai (sesuatu yang dianggap baik, berani, dan lain-lain), meletakkan pada tempat (kedudukan) yang mulia, memuji:
mereka ~ tinggi kepala negara mereka;

2. = ~ hati mengambil hati, memujuk:
pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan kajinya, orang muda disanjung dengan mudanya (peribahasa)
a) kalau memuji orang hendaklah dengan pujian yang kena pada tempatnya;
b) mengambil hati orang hendaklah dengan perkara yang digemarinya;

menyanjung-nyanjung memuji dengan berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat:
hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali?

sanjungan
1. penghormatan, pujian:
dengan kemenangan itu agama Islam telah tersebar dengan pesatnya dan mendapat ~ yang tinggi;

2. suka dipuji-puji.