[Arab] (ber)puasa;
siam III.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
[Arab] (ber)puasa;
siam III.
[arkaik] keluh, erang.
1. benda yang digunakan untuk mencedok sesuatu, pencedok;
2. = sauk-sauk, sesauk [bahasa percakapan] sejenis jaring yang bertangkai untuk menangkap ikan (kupu-kupu dan lain-lain);
~ air mandikan diri (peribahasa) hidup dengan usaha sendiri;
menyauk
1. mencedok, menimba;
2. menangkap ikan (kupu-kupu, belalang, dan lain-lain) dengan sauk;
3. [kiasan] memaut dengan tangan (seperti hendak memeluk):
ia ~ pasangan berdansa;
4. menahan kaki orang dengan kaki sendiri (supaya ia jatuh);
5. mengambil tanpa kebenaran, menyapu, menyerobot, menyikat:
apabila rumah terbakar, adalah orang yang datang hendak ~ barang-barang;
6. [Minangkabau] meminjam wang perkongsian;
~ kering-kering, membeli habis-habis (peribahasa)
a) menyelidiki sesuatu hal biar sampai jelas;
b) menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya;
menyaukkan mengenakan sesuatu untuk menyauk, menjeruntukan:
maka disaukkanlah jerat pada kaki gajah yang lepas itu;
tersauk, tersaukkan tertangkap (akan), terlingkup (akan), terperap (akan);
tersaukkan ikan, suka, tersaukkan batang, masam (peribahasa) ketika untung bersuka ria tetapi ketika rugi marah-marah;
saukan [Minangkabau] sesuatu yang disauk (dipinjam daripada perkongsian dan lain-lain):
barang yang diambil dan wang yang dipakai itu dinamakan ~, pada hitungan perniagaan itu tidak rugi, tetapi pada keadaan, pokoklah yang termakan.
[sastera lama] luas, jarak yang jauh:
berhimpun di padang ~;
~ mata (memandang) sejauh pemandangan mata, sejauh mata memandang.
~ hutan sejenis tumbuhan (pokok),
a) cana, Parinarium griffthianum;
b) merbatu layang, Parinarium corymbosum;
~ menila sejenis tumbuhan (pokok), ciku, Achras zapota.
alat yang berkait dan berat, yang dilabuhkan ke dalam air supaya perahu (kapal dan lain-lain) tidak hanyut, jangkar;
membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar);
membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut);
~ buji sauh kecil yang ada empat pengaitnya;
~ cemat = ~ kecil sauh kecil yang dilemparkan ke perahu dan lain-lain untuk menariknya;
~ terbang sauh yang dilemparkan (ke darat, ke tebing, dan lain-lain);
bersauh
1. memakai (menggunakan) sauh;
2. berlabuh (kapal, perahu).
[bahasa halus] kata ganti diri kedua (seperti awak, kamu, anda) yang digunakan pada perempuan (terutama dalam surat-menyurat).
1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik:
ia berazam untuk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya;
2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak:
dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja;
3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dan lain-lain):
~ sekampung;
4. kawan, sahabat, teman:
~ sepermainan;
5. [bahasa halus] kata ganti diri kedua (seperti awak, kamu, anda) yang digunakan terutamanya pada lelaki:
~, boleh saya tumpang bertanya?
6. tembuni, uri (yang keluar mengiringi bayi yang lahir);
7. [kiasan] sesuatu yang hampir sama (keadaan, sifat, dan lain-lain):
menipu itu ~ mencuri;
~ angkat orang lain yang dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yang diakui sebagai saudara sendiri;
~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa;
~ baru (panggilan yang ditujukan kepada) orang yang baru memeluk agama Islam;
~ bau bacang (embacang) saudara yang telah jauh pertaliannya;
~ belahan saudara yang sama nenek moyangnya;
~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat;
~ dekat = ~ rapat saudara yang masih dekat;
~ dua pupu saudara yang datuk atau neneknya adik-beradik;
~ jauh = ~ renggang saudara yang telah jauh;
~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa;
~ kembar adik-beradik yang dilahirkan sebagai anak kembar;
~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat);
~ pungut saudara angkat;
~ pupu saudara yang masih dekat;
~ sejalan sejadi saudara yang sama ibu bapanya, saudara kandung;
~ seperjuangan teman yang sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) untuk sesuatu;
~ sepupu saudara yang datuk atau neneknya sama;
~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yang bukan saudara sendiri tetapi menyusu pada perempuan yang sama;
~ tiri
a) anak ibu atau bapa tiri;
b) [Indonesia] saudara daripada bapa (ibu) yang sama tetapi ibu (bapa) yang berlainan;
bersaudara
1. mempunyai saudara:
aku tidak ~ dan tidak berkeluarga;
2. adik-beradik:
maka datang pula raja beruk empat ~;
3. [kiasan] mempunyai sifat (keadaan dan lain-lain) yang hampir serupa:
bakteria ialah sejenis tumbuhan yang ~ rapat dengan kulat;
badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada (peribahasa) bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda;
saudara-bersaudara [sastera lama] sesama saudara, adik-beradik:
apa kerja kita berkelahi ~?
bersaudarakan mempunyai (seseorang) sebagai saudara:
dia lebih rela ~ orang miskin daripada saudara-saudaranya yang hidup mewah dan angkuh itu;
mempersaudarakan menjadikan (seperti) bersaudara:
anakanda ini ayahanda persaudarakan dengan anak ayahanda sekalian ini;
persaudaraan perihal bersaudara, perhubungan seperti bersaudara, pertalian yang rapat sekali (seolah-olah bersaudara):
merekalah yang menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.
orang yang berniaga atau berdagang;
~ keliling penjual yang menjaja jualannya dari satu tempat ke satu tempat;
~ minyak urat orang yang pembohong (orang yang berniaga untuk orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dan lain-lain);
~ pengantara [Indonesia] orang tengah (dalam perniagaan), saudagar penghubung saudagar besar dengan saudagar kecil.
1. sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), sawah, sawai, sawuh, Manilkara kauki;
2. = ~ menila sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), ciku, Achras zapota.