saudara

1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik:
ia berazam untuk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya;

2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak:
dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja;

3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dan lain-lain):
~ sekampung;

4. kawan, sahabat, teman:
~ sepermainan;

5. [bahasa halus] kata ganti diri kedua (seperti awak, kamu, anda) yang digunakan terutamanya pada lelaki:
~, boleh saya tumpang bertanya?

6. tembuni, uri (yang keluar mengiringi bayi yang lahir);

7. [kiasan] sesuatu yang hampir sama (keadaan, sifat, dan lain-lain):
menipu itu ~ mencuri;
~ angkat
orang lain yang dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yang diakui sebagai saudara sendiri;
~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa;
~ baru (panggilan yang ditujukan kepada) orang yang baru memeluk agama Islam;
~ bau bacang (embacang) saudara yang telah jauh pertaliannya;
~ belahan saudara yang sama nenek moyangnya;
~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat;
~ dekat = ~ rapat saudara yang masih dekat;
~ dua pupu saudara yang datuk atau neneknya adik-beradik;
~ jauh = ~ renggang saudara yang telah jauh;
~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa;
~ kembar adik-beradik yang dilahirkan sebagai anak kembar;
~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat);
~ pungut saudara angkat;
~ pupu saudara yang masih dekat;
~ sejalan sejadi saudara yang sama ibu bapanya, saudara kandung;
~ seperjuangan teman yang sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) untuk sesuatu;
~ sepupu saudara yang datuk atau neneknya sama;
~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yang bukan saudara sendiri tetapi menyusu pada perempuan yang sama;
~ tiri
a) anak ibu atau bapa tiri;
b) [Indonesia] saudara daripada bapa (ibu) yang sama tetapi ibu (bapa) yang berlainan;

bersaudara
1. mempunyai saudara:
aku tidak ~ dan tidak berkeluarga;

2. adik-beradik:
maka datang pula raja beruk empat ~;

3. [kiasan] mempunyai sifat (keadaan dan lain-lain) yang hampir serupa:
bakteria ialah sejenis tumbuhan yang ~ rapat dengan kulat;
badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada
(peribahasa) bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda;

saudara-bersaudara [sastera lama] sesama saudara, adik-beradik:
apa kerja kita berkelahi ~?

bersaudarakan mempunyai (seseorang) sebagai saudara:
dia lebih rela ~ orang miskin daripada saudara-saudaranya yang hidup mewah dan angkuh itu;

mempersaudarakan menjadikan (seperti) bersaudara:
anakanda ini ayahanda persaudarakan dengan anak ayahanda sekalian ini;

persaudaraan perihal bersaudara, perhubungan seperti bersaudara, pertalian yang rapat sekali (seolah-olah bersaudara):
merekalah yang menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.

berkongsi