selampai I

1. kain sutera yang dipakai di bahu atau dikalungkan di leher (dalam istiadat kerajaan), tetampan;

2. [Jakarta] sapu tangan, selampik;

menyelampai memakai selampai (tetampan dan lain-lain) di bahu, menyebai selampai dan lain-lain di bahu:
hulubalang delapan di kiri, delapan di kanan masing-masing ~ selendang kain kuning;

menyelampaikan menyebaikan (mengenakan) selampai (selendang dan lain-lain) di bahu;

terselampai tersebai, tergantung, tergayut:
maka dengan tiba-tiba terpandanglah olehnya tangan orang ~ di alang kedai itu.

selamba

1. pada lahirnya macam biasa (sedangkan sebenarnya telah berlaku sesuatu), berlagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura:
kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu;

2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu.

selamat

1. terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya:
tidak ~ berdiri tegak di dalam perahu yang kecil;
~ dari nahas jalan raya;

2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan:
si kecil berasa ~ di dalam pelukan ibunya;

3. ucapan atau doa dengan harapan supaya sejahtera (terhindar daripada segala bencana, sampai hajat, dan lain-lain) atau sebagai tanda bersyukur:
ketiga-tiga ratu itu pun menyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~ akan baginda sesudah berputera;
doa ~ ;
kenduri ~;

4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dan lain-lain) yang diucapkan sebagai tegur sapa (salam):
~ datang;
~ jalan;
~ malam
dan lain-lain;

berselamat mengucapkan kata-kata sapaan seperti selamat pagi atau selamat petang kepada seseorang:
tidak pernah aku ~ pagi kepadanya;

menyelamati [arkaik] mengadakan kenduri untuk;

menyelamatkan
1. menjauhkan bencana (bahaya dan lain-lain) daripada seseorang dan lain-lain, mengusahakan (melindungi dan sebagainya) supaya selamat:
berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing;
sangatlah sukar hendak ~ bangunan yang terbakar manakala angin yang kencang sedang bertiup-tiup;

2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dengan sia-sia:
berfikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan;

3. mengebumikan (mayat):
mayat orang mati itu telah diselamatkan;

4. mengadakan kenduri untuk, menyelamati;

terselamat terhindar atau terpelihara daripada bencana (bahaya dan lain-lain), (telah) dijauhi daripada sebarang kecelakaan:
saya sedia perhambakan diri asalkan saya ~ daripada pengkhianat-pengkhianat itu;

selamatan kenduri untuk mendapat selamat:
tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya;

berselamatan
1. mengadakan kenduri (selamatan);

2. [arkaik] saling mengucap selamat;

keselamatan perihal selamat, kesejahteraan, keamanan:
saya memang selalu menjaga ~ seseorang yang berkerabat dengan saya;
~ dalam negeri;

penyelamatan perbuatan (usaha dan sebagainya) menyelamatkan;

penyelamat orang yang menyelamatkan:
sekarang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak.

Selam II

[Indonesia], [bahasa percakapan] Islam;
orang ~
a) orang yang beragama Islam;
b) orang Melayu (Indonesia).

selam I

juru~ orang yang kerjanya masuk ke dalam air (untuk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dan lain-lain);
kapal ~ kapal yang boleh bergerak di dalam air (biasanya untuk kegunaan peperangan);

berselam [Perak] menguji siapa yang akan memusingkan gasing dahulu (dalam permainan gasing);
~ air bersumpah dengan menyelam (untuk membuktikan kebenaran);

menyelam
1. masuk ke dalam air (dengan seluruh badan):
burung penguin sangat pandai ~ dan berenang;

2. masuk ke dalam air untuk mencari sesuatu:
dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan;

3. [kiasan] masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dalam sesuatu:
keris itu ~ ke dalam belikatnya;
kapal terbang itu ~ ke dalam awan;

4. [kiasan] = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dan lain-lain orang lain), mengetahui, memeriksa:
kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sebagai nelayan;
aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku;
pandai ~ di air dangkal
(peribahasa) pandai membawa diri;
sambil ~ minum air (peribahasa) sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai;

menyelami
1. menyelam ke dalam air (laut dan lain-lain);

2. menyelam untuk mencari sesuatu dan lain-lain:
engkau jatuh dia yang menyambut, engkau karam dia yang ~;

3. [kiasan] menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), berusaha untuk mengetahui sesuatu:
dia seoranglah yang pernah ~ hati Juliana;
tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya;
~ air dalam tonggak
(peribahasa) sukar sekali untuk mengetahui isi hati orang lain;

menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dalam air, membenamkan, mencelupkan:
maka dibawanya timba, diselamkannya ke dalam air yang keruh itu;

terselam dapat atau sudah menyelam, terbenam;

terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga;

selaman hasil atau usaha menyelam, menyelami atau menyelamkan;

penyelaman perbuatan menyelam, menyelami atau menyelamkan;

penyelam
1. orang yang menyelam, juruselam:
~~ yang memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri;

2. sesuatu yang digunakan untuk menyelam, sesuatu yang diselamkan.

selalu III

terus, langsung:
maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya.

selalu I

1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa:
sayur-sayurnya ~ dijual ke bandar;

2. kerap benar, acap kali:
ibunya ~ sahaja sakit;

menyelalukan menjadikan (melakukan) selalu, membiasakan:
hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku;

keselaluan keadaan selalu, keseringan, kekerapan:
~ itu menyebabkan tumpuan pada pekerjaan tidak berjalan lancar.