selumur

kulit ular yang telah tanggal (selepas bersalin kulit), kerosong ulat;

menyelumur bersalin kulit (ular).

selumu

[Minangkabau];

berselumu
1. berlumur (berpalit) dengan kotoran;

2. berbulu (tepi kain yang tidak berjahit).

selumbar I

serpihan kayu (duri nibung, buluh, dan lain-lain) yang halus dan tajam:
maka tubuhnya pun habis dipalut ~, tampak mata sahaja.

selumar

1. sejenis tumbuhan (pokok), merbuluh merah, Jackia ornata;

2. sejenis tumbuhan (pokok), malabera (melabira) bukit, Mussaendopsis beccariana.

selulur

[arkaik];

terselulur tergelincir, tergelongsor:
apabila dirasainya akan ~ maka direntakkannya pinggang gajah itu dengan isyarat.