selusur I

menyelusur menggelongsor (meluncur, melorot ) turun, menggelincir;

menyelusurkan meluncurkan, melorotkan;

terselusur tergelincir, tergelongsor.

selusup

menyelusup
1. masuk ke dalam hutan (semak dan lain-lain), masuk ke bawah sesuatu;

2. masuk dengan diam-diam (ke kawasan musuh dan lain-lain), menyeludup;

susup.

selusuh II

jampi (ubat) untuk memudahkan orang bersalin;
~ anak jampi dan lain-lain yang memudahkan anak keluar (ketika bersalin);
~ uri jampi dan lain-lain yang memudahkan uri (tembuni) keluar.

selurut

menyeluruti
1. melurut (akan);

2. [kiasan] memandang dengan tajam, menyoroti:
mereka ~ tubuh gadis itu.

seluruh

segenap, seantero, semuanya (dianggap satu):
Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan untuk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan;
~ perhatian mestilah diberikan kepada percakapan itu;

menyeluruh
1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dan lain-lain):
pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi;

2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dan lain-lain):
satu sistem yang ~ untuk menyampaikan maklumat;

menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai:
pandangannya ~ ruang bilik darjah itu;

keseluruhan
1. perihal semuanya (seluruhnya):
baca rencana itu berkali-kali dan fahamkan maksud ~nya;

2. kesatuan, keseutuhan:
masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, melainkan harus merupakan suatu ~;
pada ~ nya
pada umumnya, amnya.

seluru

sejenis tumbuhan (pokok memanjat yang daunnya dibuat ubat), Pericampylus glaucus.

selurai

sejenis makanan daripada tepung gandum yang berjala-jala rupanya, roti kirai, roti surai.