sejenis ikan laut, Apogon spp.
Author Archives: admin
semangka I
sejenis tumbuhan (herba menjalar), mendelikai, mendikai, tembikai, temikai, timun cina, Citrullus vulgaris;
~ belanda sejenis tumbuhan (herba menjalar), Cucumis melo.
semanggi
= ~ gunung sejenis tumbuhan (herba, daunnya boleh dimakan), kara-kara, pegaga embun, ulam gunung, Hydrocotyle sibthorpioides.
semanggang
alat (daripada bilah) untuk memanggang ikan dan lain-lain.
semangga
hanya:
~ sayalah tempat merekamenggantungkan hidup.
semangat
1. roh yang terdapat dalam segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu):
tepuk bantal panggil ~, ~ datang dalam mimpi;
~ padi semangat yang menyebabkan padi boleh tumbuh dan berbuah dengan bernas;
2. perasaan hati, jiwa:
kedua-duanya mempergunakan ~ perkauman untuk memecahbelahkan rakyat;
~ kesukanan;
3. maksud atau tujuan yang terkandung dalam sesuatu perjanjian (ucapan dan lain-lain):
~ perjanjian Asean;
4. kemahuan untuk melakukan sesuatu, nafsu:
~ bekerja;
~ waja kemahuan yang keras;
mempertinggi ~ anjing (peribahasa) bersusah payah memperbaiki nama yang jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja;
bersemangat
1. ada semangatnya (roh yang menjiwainya dan lain-lain), mempunyai semangat:
hampir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yang ngeri itu;
2. berjiwa keras:
suara mereka menjadi semakin garang dan ~;
3. berkemahuan (untuk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat:
mereka bersorak gembira mendengar ucapan daripada guru silat mereka yang telah tua tetapi masih ~ itu;
menyemangati memberi semangat (kepada), membangkitkan semangat (keberanian, kemahuan, dan lain-lain).
Semang III
sejenis suku bangsa orang asli yang tinggal di Tanah Melayu, Pangan (di Kelantan dan di Pahang).
semang II
sejenis tumbuhan (pokok), Quisqualis densiflora.
semang I
anak ~
a) orang yang menumpang makan dan bekerja pada orang lain;
b) orang yang bekerja dengan orang lain kerana terikat (oleh hutang dan lain-lain);
c) orang yang menolong orang lain menjalankan perniagaan dan lain-lain;
induk ~
a) orang yang memberi tumpangan (makan dan pekerjaan ) kepada orang lain;
b) orang yang memberikan modal (dagangan dan lain-lain) kepada orang lain untuk diperniagakan.
semandera
sejenis bendera kecil yang dipasang di haluan perahu.