sembahyang

1. perbuatan menyembah Allah, solat;
~ lima waktu (fardu, wajib) sembahyang yang wajib dikerjakan dalam sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak);
air ~ air untuk bersuci sebelum sembahyang, wuduk;
ada air ~ berada dalam keadaan yang membolehkan seseorang mengerjakan ibadat seperti sembahyang, membaca al-Quran, dan sebagainya;

2. (bagi orang bukan Islam) permohonan kepada Tuhan, doa;
~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dengan berimam);
~ fardu sembahyang yang diwajibkan (bagi orang Islam yang sudah baligh) mengerjakannya;
~ hajat sembahyang istimewa untuk memohon (kpada Allah) sesuatu;
~ Jumaat sembahyang berjemaah pada hari Jumaat (waktu zohor);
~ mayat (orang mati) sembahyang untuk orang mati;
~ (hari) raya sembahyang sunat pada hari raya;
~ sunat sembahyang yang tidak diwajibkan mengerjakannya (sembahyang tahajud dan lain-lain);
~ tahajud sembahyang sunat pada waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya);
~ tarawih sembahyang sunat yang dilakukan pada malam hari dalam bulan Ramadan;
~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira (peribahasa) orang yang rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yang terlarang;

bersembahyang
1. melakukan sembahyang (solat):
pada suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya;

2. (Kristian) berdoa pada petang hari (agama Kristian), bermohon kepada Tuhan;
~ pujian upacara berdoa pada petang hari (agama Kristian);

3. (di kalangan orang Cina) upacara untuk menghormati nenek moyang;

menyembahyangkan mengerjakan sembahyang untuk (ditujukan kepada):
seorang akan merobekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia.

sembah

1. penghormatan kepada raja dan lain-lain (dengan menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi):
mengangkat ~;

2. kata-kata yang ditujukan kepada raja (orang yang dimuliakan):
setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka;
berdatang ~
berkata kepada raja (orang yang dimuliakan);
~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dalam surat-menyurat kepada orang yang dihormati dan lain-lain);
~-simpuh tertib sopan (kelakuan);

bersembah berkata dengan hormat dan takzim;

bersembahkan [sastera lama] = mempersembahkan;
menyembah

1. memberi hormat dengan mengangkat sembah:
maka sekalian orang yang duduk di bawah itu pun ~;

2. memberi hormat dengan mencium dan lain-lain pada (lutut dan lain-lain):
anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya;

3. menghormati sesuatu sebagai Tuhan atau dewa, memuja:
~ berhala;
~ matahari;

4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dan lain-lain), tunduk kepada, mengaku taat kepada:
Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam;
~ bumi
tumbang tertiarap di bumi, roboh:
dia tersungkur ~ bumi dengan kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yang kegemparan;
kondominium yang sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi;

menyembahkan, mempersembahkan
1. menyampaikan (berita, surat, dan lain-lain) dengan takzim, mengatakan, menceritakan:
sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong;
maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya;

2. memberikan (mengunjukkan dan lain-lain) dengan takzim:
maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati;

3. menghidangkan (pertunjukan dan lain-lain), mempertunjukkan (permainan dan lain-lain):
malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara;

sembahan yang disembah (Tuhan), yang dipuja-puja atau dihormati, pujaan:
berhala yang menjadi ~ penganut agama Buddha;

persembahan
1. hadiah (kpada raja, orang-orang yang lebih tinggi martabatnya):
segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dengan persembahannya;

2. sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain):
~ lakonan yang diselingi lagu-lagu;

penyembahan
1. perihal menyembah atau memuja;

2. pemujaan;

penyembah orang yang menyembah, pemuja:
~ berhala.

semayam

bersemayam bd
1. duduk (di atas takhta, singgahsana):
pada ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas peterana yang keemasan;

2. tinggal, berkediaman di:
maka akhirnya istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau, ~ di Riau;

menyemayami bersemayam di, berkediaman di, mendiami:
hari ini hanya tinggal enam buah istana sahaja yang masih wujud dan tiada sebuah pun yang disemayami oleh raja;

menyemayamkan mendudukkan (di atas takhta, singgahsana):
maka disambut oleh temenggung tangan baginda dan disemayamkan ke atas singgahsana takhta kerajaan;

persemayaman tempat-tempat bersemayam (duduk, tinggal):
Shah Alam ialah tempat ~ Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

semat

benda (jarum peniti, peniti cantil, dan lain-lain) yang digunakan untuk mencucuk dua benda yang hendak dicantumkan;

menyemat mencantumkan dua benda dengan semat, menusukkan semat (supaya bercantum dan lain-lain):
ibu sedang ~ atap;

menyematkan
1. mencantumkan (dua benda) dengan semat:
sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pada satu bongkah kayu;

2. meletakkan dengan semat:
Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka;

3. mencucukkan sesuatu sebagai semat:
lilitkan benang ini pada kepala dan hujung peniti yang disematkan menegak;

4. [kiasan] menyertakan, melampirkan:
bersama surat ini disematkan sekeping cek untuk ayahanda;

tersemat
1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum:
di dadanya ~ sebuah pingat yang menjadi kebanggaannya;

2. [kiasan] terletak, terpateri (dalam hati, ingatan, dan lain-lain), terasa:
tidak seorang pun antara kawan-kawannya yang mengetahui apa yang ~ di hatinya itu;

sematan
1. sesuatu yang disemat atau disematkan;

2. lampiran, tambahan (yang disertakan);

penyematan perihal menyemat atau menyematkan;

penyemat alat untuk menyemat:
jarum ~.