sukar buang air besar, sukar ke sungai besar.
Author Archives: admin
sembelih
menyembelih memotong leher (binatang dan lain-lain hingga putus merihnya), menggorok, membantai:
pada pagi-pagi esoknya Pak Pandir pun merapus kerbau lalu disembelihnya;
~ ayam dengan pisau, ~ orang dengan kapas (peribahasa) manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut;
sembelihan sesuatu yang disembelih (untuk disembelih):
kerbau ~;
penyembelihan
1. perbuatan menyembelih, pemotongan:
dua ekor kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu hari ~nya;
2. daging upah menyembelih;
tidak usak kerbau oleh ~ (peribahasa) tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yang berderma;
penyembelih
1. orang yang kerjanya menyembelih;
2. alat (seperti pisau dan lain-lain) untuk menyembelih.
sembayan
[Minangkabau] madu;
bersembayan bermadu.
sembawang
sejenis tumbuhan (pokok), Kayea ferruginea.
sembat II
sejenis jahitan (untuk menetapkan tepi berlipat) yang menyerong;
~ susup jahitan sembat yang tidak nampak benangnya;
menyembat membuat (menjahit) sembat:
lipatkan lapik itu dan sembat atas garisan jelujur halus.
sembat I
sejenis jerat yang menggunakan joran;
menyembat
1. menarik dengan pantas, menyendal (keris dan lain-lain), menyentak, merenggut, memiuh (kail, dan lain-lain):
maka disembatnya keris Betara, dapat lalu dipakainya oleh Tun Bija Sura;
2. membingkas (jerat dan lain-lain), melenting, menganjal.
sembat
menyembat menyebat;
sebat I.
sembari
sambil, serta:
Anuar berkata dengan senyum dibuat-buat ~ memandang kepada abangnya.
sembarang
apa (asal, siapa, dan lain-lain) sahaja, sebarang, asal sahaja:
Hayati orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang;
sembarangan dengan begitu sahaja, tidak menentu, tidak dengan usul periksa, tidak memilih:
abang tidak patut menuduh ~ seperti itu;
buku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya;
menyembarangi melakukan dengan sembarangan (tidak dengan usul periksa, ikut suka, dan lain-lain).
sembar II
[Minangkabau] sambar.