bulatan, lingkaran, lingkungan;
kain ~ kain sarung.
Author Archives: admin
sentulang
sejenis tumbuhan (pokok), medang gembut, medang tanduk, mentagur paya, pokok segan selumbar, Jackia ornata.
sentul
sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) kecapi, Sandoricum koetjape.
sentuk
tersentuk terhantuk (tersentuh) pada.
sentuh II
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kepayang, akar lokan, Trichosanthes tricuspidata.
sentuh I
bersentuh
1. kena sedikit pada, berhantuk sedikit dengan, mengenai (antara dua benda), bersenggol:
penyakit ini berjangkit kerana ~ dengan badan orang yang berpenyakit;
2. [bahasa halus] bersetubuh;
bersentuhan
1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit:
kerana disesak orang, ~lah aku dengan gadis itu;
2. [kiasan] bersangkut-paut (dengan), berkaitan (dengan);
menyentuh
1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah:
dia berasa pipinya disentuh orang;
2. melanggar sedikit, terkena pada, terhantuk pada:
lengannya luka kerana ~ dawai berduri;
3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal):
kali ini saya ~ kedudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar;
4. menyinggung (perasaan), mengganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (perasaan terharu, sedih, dan sebagainya);
menyentuhi mengenai, mencecah:
langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi;
tersentuh
1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah;
2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pada:
kakiku ~ batu;
3. diperkatakan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dalam sesuatu ucapan dan lain-lain):
sudah tentu ada ibu bapa yang menghadapi soal-soal yang tidak ~ langsung dalam buku ini;
4. [kiasan] tersinggung (perasaan), terganggu (perasaan), terharu:
dia lekas ~;
sentuhan senggolan, singgungan:
~ tangan yang takut-takut;
kesentuhan
1. kena sentuh, disentuh;
2. dirasuki (dimasuki) orang halus;
persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel);
penyentuhan perbuatan menyentuh;
penyentuh sesuatu yang digunakan untuk menyentuh (sesungut pada serangga dan lain-lain).
sentuang
buluh dan lain-lain untuk meniup api, salung api.
sentrum
1. [Indonesia] tempat yang terletak di tengah-tengah (bandar dan sebagainya), pusat bandar;
2. titik pada pusat bidang (bulatan, dan sebagainya), titik pusat;
3. (Biologi) bahagian atau badan utama tulang ruas.
sentroid
(Matematik) pusat bagi sesuatu rajah.
sentri
penjaga, pengawal.