sergam

tersergam kelihatan tinggi dan besar daripada yang lain-lain (rumah, gunung, dan lain-lain):
bangunan itu ~ megah.

sergai

[Kedah] tidak licin atau sama (papan tidak berketam dan lain-lain), bergerigih.

sergah

kata-kata atau suara yang kuat (untuk memeranjatkan orang dan lain-lain);

menyergah memeranjatkan orang dengan suara yang keras, membentak, mengherdik:
Mak Limah dan Bedah selalu ~ Ani kerana leternya;

seret I

kasut ~ kasut yang dipakai di dalam rumah, cenela;

menyeret
1. menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah), menghela, mengheret:
kemudian diseretnya sebuah kerusi dari kamarnya sampai ke ambang pintu;

2. membawa dengan paksa (orang dan lain-lain), memaksa (orang dan lain-lain) supaya menurut:
mereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka;

3. = menyeret-nyeret membawa-bawa (ke dalam sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut:
ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yang telah berlaku;
namanya diseret-seret dalam lagu-lagu yang disukai oleh penuntut di sekolahnya;

terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melakukan sesuatu), turut terlibat (dalam sesuatu perkara dan lain-lain), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dan lain-lain):
Mas Reso ~ ke dalam dunia main judi;

seretan hasil atau tindakan menyeret:
ketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu.