seribumi

sejenis tumbuhan (herba), rumput ekor kucing, rumput kala jengking, rumput oleh, Heliotropium indicum.

seribulan

sejenis tumbuhan (pokok kecil), akar serau malam, bawal hutan, Phyllagathis rotundifolia.

seriawan II

daun ~ daun daripada sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat sakit seriawan), Elaecarpus obtusa.

seriawan I

sejenis penyakit pada mulut atau lidah (kelihatan merah seolah-olah melepuh);
~ usus
a) sejenis penyakit lemah badan (kerana kurang makan buah-buahan, atau sayur-sayuran tetapi banyak makan daging);
b) sejenis penyakit perut yang menyebabkan selalu buang-buang air (biasanya pada kanak-kanak).

seriau

1. perasaan ngeri atau seram (kerana melihat luka yang besar dan lain-lain);

2. [Kedah] ngilu (rasa yang tidak enak kerana gigi dikikir dan sebagainya).