setiausaha

1. orang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya) untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan;

2. pegawai yang mengendalikan pentadbiran dan lain-lain sesuatu kementerian (jabatan dan sebagainya), orang yang mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dan sebagainya:
Ketua S~ Kementerian Luar Negeri;
~ Persatuan Sejarah Malaysia;
~ akhbar
setiausaha kepada menteri yang tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan seterusnya mengurus penyiarannya dalam akhbar;
~ kehormat setiausaha yang menjalankan tugas atau berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah);
~ parlimen setiausaha kepada menteri dalam urusan yang bersangkutan dengan parlimen;
~ peribadi setiausaha yang mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-tugas rasminya;
~ politik setiausaha kepada menteri dalam urusan yang bersangkutan dengan politik;
~ sulit setiausaha yang mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dan sebagainya seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dan sebagainya;
~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yang bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dan sebagainya syarikat;

kesetiausahaan (segala urusan) yang berkaitan dengan tugas atau profesion setiausaha:
dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~;
kerja-kerja ~.

setiabu

[sastera lama] sejenis ular;
pedang ~
a) sejenis pedang yang bermata tiga;
b) sangkur senapang, benet, bayonet.

setia kawan

berasaskan (memperlihatkan dan sebagainya) perasaan bersatu (bersefahaman, bersepakat dan lain-lain), mempunyai (membayangkan dan sebagainya) pendirian dan kepentingan yang serupa:
menandatangani perjanjian kerjasama dan ~;
semangat ~ adalah penting bagi menjamin kestabilan rantau ini;

kesetiakawanan sikap (pendirian, perasaan, dan lain-lain) setia kawan:
semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong untuk ketahanan dan kegigihan dalam persaingan yang hebat.

setia

1. teguh hati (dalam hal perkahwinan, persahabatan, dan lain-lain), tetap hati:
ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~;
sumpah ~

a) sumpah untuk tetap setia selama-lamanya;
b) sumpah yang tidak akan diubah lagi;

2. berpegang teguh (pada janji dan lain-lain), patuh, taat:
anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dengan rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dengan patuh dan ~;
tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yang ~ kepada ketuanya;
~ lencana
[Indonesia] pingat tanda kesetiaan (dalam tentera);
S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yang dianugerahkan oleh Sultan Johor;
~ rahsia pembantu yang mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas;

bersetia mengaku setia, bermuafakat:
lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dengan Bugis;

kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dalam hal perkahwinan, persahabatan, dan lain-lain), ketaatan:
Pahang yang dahulunya menjadi sebahagian daripada kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kepada Sultan Johor;

persetiaan perjanjian mengaku setia:
jika akan mungkir daripada sumpah dan daripada ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi;
Matelieff menandatangani satu ~ baharu dengan Sultan Johor.

seti II

sejenis kerusi panjang dengan tempat duduk dan tempat sandar yang berkusyen, boleh diduduki dua orang atau lebih.

seteru

musuh atau lawan (orang perseorangan):
daripada banyak ~, baik banyak sahabat;

berseteru mempunyai seteru, bermusuh:
barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; daripada bersahabat dengan orang yang bodoh, baik ~ dengan orang yang berakal (peribahasa) tidak ada sesuatu pun yang boleh didapati daripada orang bodoh tetapi daripada orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita;

menyeterui memusuhi;

memperseterukan menjadikan seteru, menganggap musuh;

perseteruan perihal berseteru, permusuhan:
umat Arab sebelum Islam sentiasa dalam huru-hara, pertelingakahan dan ~.

seterika

sejenis alat (diperbuat daripada besi) yang dipanaskan untuk menggosok kain baju dan lain-lain supaya licin;
~ arang seterika yang dipanaskan dengan arang;
~ elektrik seterika yang dipanaskan dengan tenaga elektrik;

berseterika telah digosok atau dilicinkan dengan seterika (kain baju dan lain-lain):
seluar biru panjang yang dipakainya itu keras berkanji dan licin ~;

menyeterika menggosok (melicinkan) dengan seterika:
bangku ini berguna untuk ~ baju kanak-kanak atau lengan baju;

seterikaan
1. barang-barang yang (hendak dan sudah) diseterika;

2. [Jakarta] seterika.