[Jawa] seribu.
Author Archives: admin
sewel
[bahasa percakapan] tidak begitu waras atau siuman, kegila-gilaan, kemamar.
sewat
menyewat mengambil sesuatu benda dengan pantas, mencuri, menyambar:
ia pun berlari, disewatnya suatu benda yang terletak di atas meja itu.
sewar
[sastera lama] senjata yang menyerupai tumbuk lada tetapi matanya lebih melengkung.
sewal
[arkaik] sial.
sewaka
[arkaik];
bersewaka [sastera lama] duduk menghambakan diri (kpada raja, orang-orang besar, dan lain-lain), duduk menumpang di rumah orang (dengan menolong tuan rumah bekerja dan lain-lain).
sewah III
sewar.
sewah II
[Kelantan];
menyewah
1. terbang melayang rendah (seperti helang dan lain-lain);
2. menyambar (berkenaan (dengan) helang).
sewah I
~ tekukur sejenis burung, Cuculus vagans.
sewaan
sesuatu yang disewa (disewakan):
selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India;
penyewaan perbuatan menyewa(kan);
penyewa
1. orang yang menyewa:
di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi untuk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang;
2. wang dan lain-lain untuk membayar sewa:
wang ~ rumah;
~ kecil orang lain yang menyewa tanah, rumah dan sebagainya daripada penyewa utamanya.