sosiobudaya

hubungan masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain):
Malaysia mengalami perkembangan pesat dalam ~, ekonomi, dan sebagainya.

sosio-

awalan asing berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), misalnya sosioekonomi dan sosiopolitik.

sosialisme

teori atau sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.

sosialisasi

1. [Indonesia-Belanda] usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum);

2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan:
Tunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dalam konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat;
~ yang dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dari perhatian ibu bapa;

3. proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dan sebagainya) yang dapat diterima dalam masyarakat:
anak-anak hari ini mudah terdedah kepada pelbagai agen ~ bukan sahaja daripada ibu bapa;
~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat;

bersosialisasi melakukan sosialisasi:
antara tujuan menghantar anak ke tadika adalah untuk mengajarnya ~;

mensosialisasikan
1. [Indonesia-Belanda] menjadikan milik negara, memiliknegarakan;

2. mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dan sebagainya) yang dapat diterima dalam masyarakat:
komunikasi memainkan peranan yang penting dalam ~ ahli-ahli masyarakat;
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka.

sosial

1. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan:
kedudukan ekonomi dan ~nya pada masa ini belum begitu kuat;

2. berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang:
kelab ~;
aktiviti ~;

3. suka bergaul dan bermesra:
gadis yang ~;

4. berkenaan hal-hal kemasyarakatan:
pemimpin yang ~;
perjumpaan ~
keramaian;
~ demokrasi faham atau ajaran yang bertujuan membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat sosialis;
~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi;

bersosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dengan perempuan):
pemuda pemudi yang pandai ~ dan menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak zaman;

kesosialan perihal sosial:
kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dalam pergaulan.

sosej

sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan.