[kata seru] kata untuk menyatakan kehairanan (tidak setuju, keluhan, runsing):
~, itukah yang kaumaksudkan!;
~, seganlah aku!;
~, mengapa budak-budak itu tidak dapat berfikir!
Author Archives: admin
agut-agut
= burung ~ burung butbut.
agut
mengagut-agut [Minangkabau] kehabisan nafas (seperti ikan yang hampir mati), mengap-ngap.
agus
[Indonesia]
1. sejenis gelaran:
mas ~;
2. [sastera lama] bagus, elok, mulia.
agung II
teragung, teragung-agung terhantuk (kepala, buah-buahan);
= ragung.
agung I
1. (paling) besar, terutama:
balai ~;
layar ~;
tiang ~;
2. yang tertinggi:
pemerintah ~;
3. teristimewa, terkemuka, terutama:
Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yang ~;
Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia;
tamu ~;
4. yang terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli (berkenaan (dengan) mesyuarat, persidangan, dan sebagainya):
persidangan ~ UMNO;
mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP;
mengagungkan menjadikan (menganggap dan sebagainya) agung, membesarkan, memuliakan, meninggikan:
al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu;
mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan;
keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian:
~ Abdullah sebagai pengarang terletak pada konsepsinya yang moden;
pengagungan perbuatan dan sebagainya mengagungkan:
antara yang menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujukan dalam bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris.
agun
[Indonesia] cagar, sandar(an);
mengagunkan mencagarkan, menggadaikan;
agunan cagaran, gadaian, jaminan.
agul
agul-agul [Indonesia] angkuh, sombong;
mengagulkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan.
aguk
1. perhiasan yang tergantung pada kalung pengantin (bentuk bulat bagi laki-laki, bentuk bulan sabit bagi perempuan);
2. buah rantai, loket.
agroteknologi
teknologi yang berkaitan dengan pembangunan pertanian.