= Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), Hari Raya Puasa.
Author Archives: admin
aib
1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan;
memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dan sebagainya);
menaruh ~ berasa malu;
2. cacat, salah:
tiap-tiap benda yang murah tidak dapat tidak ada ~nya;
mengaibkan
1. memberi aib, mencela, mencerca:
ia selalu ~ jirannya;
perbuatan yang ~;
2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu:
kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam;
keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu:
hal itu merupakan suatu ~.
Aidiladha = Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah setiap tahun Hijrah, Hari Raya Haji, Hari Raya Korban.
ai II
ia, setuju:
siapa yang bersetuju akan usul itu berkata ~.
ai I
[kata seru] kata untuk menyatakan kehairanan:
~, sudah lama di sini!
AI
[kependekan] artificial intelligence (kecerdasan buatan).
ahram
[Arab] (majmuk daripada haram) piramid:
kita teringat kepada ~-~ yang didirikan oleh Firaun.
aho
[kata seru] kata untuk menyatakan hairan (terkejut).
ahmar
[Arab] merah.
ahmak
[Arab] bodoh, dungu:
orang yang ~;
fikiran yang ~.
ahli II, ahlil, ahlu, ahlul
kaum, orangnya (terutama dalam rangkaian kata Arab);
~ bait isi rumah;
~ kitab kaum yang berkitab suci (orang atau kaum yang mengikuti ajaran agama yang terkandung di dalam kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur);
~ kubur orang-orang yang telah meninggal dunia;
~ nujum orang yang pandai meramalkan sesuatu (dengan melihat bintang, tapak tangan, dan lain-lain);
~ suluk orang yang faham atau melakukan suluk;
~ sunah (waljamaah) kaum Islam yang menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW.