algoritma

1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer):
golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitis yang menggunakan pelbagai teori dan ~;

2. (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau objektif.

algologi

kajian tentang alga, termasuklah aspek morfologi, anatomi, proses pertumbuhan dan ekologinya.

algojo

(Portugis)

1. orang yang menjalankan hukuman mati, pelebaya, pertanda;

2. [kiasan] orang yang bengis dan kejam.

al-Ghani

[Arab] Yang Maha Kaya dan Tidak Memerlukan Sesuatu Apa pun (satu daripada 99 nama Allah).