alkana

(Kimia) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yang atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal.

alkaloid

(Biologi) sebatian semula jadi yang mengandungi nitrogen, yang biasanya terdapat di dalam tumbuhan, dan digunakan dalam ubat-ubatan.

alkali

(Kimia) bahan yang meneutralkan asid untuk membentuk garam dan boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru;

beralkali berkaitan dengan, mempunyai sifat, atau mengandungi alkali:
larutan ~;
garam ~;

mengalkalikan menjadikan atau menyebabkan beralkali;

kealkalian darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali;

pengalkalian perihal (proses atau perbuatan) mengalkalikan.

al-kafalah

konsep perbankan Islam yang merujuk kepada jaminan satu pihak bahawa satu pihak yang lain akan menunaikan kewajibannya.