Allah

[Arab] Tuhan (Yang Esa);
~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung;
~ Subhanahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi;
kerana ~
a) oleh kehendak Allah;
b) dengan percuma (untuk mendapat pahala sahaja);
dibuat kerana ~ menjadi murka ~ (peribahasa) dilakukan dengan maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik).

alkuna

(Kimia) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yang mempunyai ikatan ganda tiga antara atom-atom karbonnya.

alku

orang yang mencari pelacur untuk pelanggan lelaki (atau sebaliknya), barua, jaruman, ketolol, muncikari.

alkohol

1. cecair yang mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dalam minuman keras dan lain-lain);

2. minuman keras;

beralkohol mengandungi alkohol:
jangan minum minuman ~ atau bergas;
elakkan merawat luka dan calar dengan larutan ~.

alkisah

kata yang digunakan ketika memulakan sesuatu cerita atau riwayat dan bermakna, kisahnya, ceritanya;

kisah.