sifat atau prinsip suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain daripada diri sendiri.
Author Archives: admin
altruis
orang yang bersikap lebih prihatin terhadap kebahagiaan dan kebajikan orang lain.
alto
(Seni Muzik)
1. nada suara nyanyian yang paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yang paling rendah bagi wanita;
2. penyanyi dengan suara nyanyiannya paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yang paling rendah bagi wanita.
altitud
ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yang biasanya diukur dari aras laut.
altimeter
sejenis alat yang biasanya dipasangkan pada pesawat terbang untuk menentukan atau mengetahui tinggi pesawat terbang itu dari aras laut.
alti
[arkaik] cerdik pandai.
alternator
pengulang-alik.
alternatif
1. pilihan yang merupakan kemestian (keharusan);
hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja;
2. satu pilihan antara dua kemungkinan.
alter ego
(Latin)
1. (Psikologi) personaliti kedua seseorang, aku yang kedua;
2. sahabat yang rapat atau karib yang boleh dipercayai.
al-Tawwab
[Arab] Yang Sentiasa Menerima Taubat (satu daripada 99 nama Allah).