cacap

sejenis air pelebat rambut (dibuat daripada air batang pisang, air akar empelas, dan lain-lain);

mencacap
1. membasahi rambut dengan cacap;

2. [Jawa] membasahi kepala, mengusap-usap kepala;

mencacapi [arkaik] menggenangi, merendami.

cacang II

[Kelantan], [Terengganu] cacak;

bercacang berdiri (tegak):
tidak guna kita ~ di tengah panas ini;

bercacangan penuh sesak orang berdiri.

cacang I

sejenis tumbuhan (herba), kerak-kerak, sumpu cacing, Bonnaya veronicifolia;
~ layar
sejenis tumbuhan (yang tumbuh di air, bunganya berwarna biru), kelayar, Monochoria hastata.

cacamarba

mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian:
akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan ~ yang meremehkan peranan kebudayaan Melayu yang sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional.

cacak II

[Minangkabau];

mencacak
1. mencubit;

2. menyeluk saku (kocek);

pencacak penyeluk saku (kocek).

cacak I

tegak (galah, tiang, dan lain-lain);
~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

mencacak berdiri tegak lurus;
~ tonggak berdiri dan terdiam sebentar;

mencacakkan
1. menanam sesuatu tegak (di tanah dan lain-lain):
~ tiang bendera;
~ belat
menahan belat;

2. mendirikan, menegakkan:
pelita minyak yang dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan;

tercacak
1. terdiri (berdiri) tegak:
jambul ~ di atas kepala;

2. tertanam, terpancang tegak:
tali itu tergantung pada galah yang ~ di tanah;

3. terbenam (tertanam) ke dalam sesuatu (tanah, badan, dan lain-lain);
~ seperti lembing tergadai (peribahasa) terdiri tegak dan tercengang-cengang.

cacah IV

[Jawa]

1. bilangan, jumlah;
~ jiwa banyaknya penduduk (di sesuatu daerah);

2. catatan tentang bilangan penduduk, banci;

bercacah mempunyai bilangan penduduk;
~ jiwa seribu orang banyaknya penduduk ialah seribu orang.