~ padang (tanah) sejenis burung seperti burung pipit, apit-apit, laki padi, lancar-lancar, pipit padang, seri lancar, Anthus novaeseelandiae malayensis;
~ padi sejenis burung, ciak, pipit padi, pipit uban, Munia m. maja; ~ raya sejenis burung, tempua, Ploceus philippinus infortunatus;
~ tinting sejenis burung, laki padi, main angin, Cisticola juncidis malaya.
Author Archives: admin
cak I
bunyi seperti bunyi orang makan atau binatang berjalan di lumpur.
caj
1. bayaran yang perlu untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli:
kenaikan ~ perkhidmatan sebanyak 500 peratus yang dikenakan oleh LKIM;
2. mengenakan harga (pada barang, perkhidmatan):
apa fasal kau ~ lebih?
3. pertuduhan (dalam mahkamah).
cais
[arkaik] tali kekang, kendali.
cair
1. tidak keras dan tidak seperti gas (boleh mengalir seperti air), encer, tidak pekat:
air raksa ialah benda yang ~;
susu ~;
logam kalau dipanaskan menjadi ~;
2. [kiasan] bocor (berkenaan (dengan) rahsia, berita, dan lain-lain);
3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dan sebagainya):
kekerasan hatinya ~ seperti lilin terkena bahang api;
4. (Ekonomi) mudah ditukarkan kepada wang tunai;
~ loler [Kelantan] terlalu cair;
~ otak pandai;
mencair menjadi cair:
lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat;
mencairkan
1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan:
pemanasan itu ~ minyak yang beku;
2. (Ekonomi) menukarkan aset kepada wang tunai:
para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yang terbeku selama setahun;
3. [kiasan] menjadikan perasaan (semangat dan sebagainya) berkurang atau lemah:
suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi;
cairan sesuatu benda yang sudah dicairkan, enceran;
kecairan
1. perihal cair;
2. (Ekonomi) kebolehan untuk menukarkan sesuatu aset kepada wang tunai dengan mudah dan cepat;
3. (Ekonomi) adanya pembeli dan penjual yang mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pada harga yang berpatutan untuk mengekalkan keadaan pasaran yang stabil;
pencairan
1. proses mencair atau mencairkan;
2. (Ekonomi) proses menukarkan (menjual) aset kepada tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat;
pencair bahan (seperti air dan sebagainya) untuk mencairkan sesuatu.
caing II
(Sunda) sukatan padi (= 200 ikat).
caing I
cuang-~ = caing-caing koyak-koyak, cabik-cabik, robek-robek, rabit-rabit;
mencaing-caing mengoyak-ngoyak, mencabik-cabik, merobek-robek, merabit-rabit.
mencaingkan menjadikan cabik, merobekkan.
cahaya
1. pancaran yang datangnya dari objek yang bersinar (matahari, lampu, api, dan lain-lain) yang membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dan lain-lain) dilihat, sinar:
~ bintang;
2. kilauan (emas, intan, berlian, dan lain-lain):
~ permata;
3. seri, kejernihan (air muka);
~ mata
a) kilau mata, sinar mata;
b) kekasih, buah hati;
c) anak;
~ muka
a) rupa air muka;
b) seri yang kelihatan pada muka;
4. penyuluh (kpada rohani), petunjuk:
sesungguhnya telah datang kepada kamu ~ kebenaran daripada Allah;
bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang:
bintang-bintang ~ dengan sangat terangnya;
muka Tuan Bujang ~ seperti bunga raya;
mencahayai memberi cahaya kepada, menerangi, menyinari, menyuluh:
bulan purnama ~ sekalian alam dengan sinarnya yang lembut;
mencahayakan
1. mengeluarkan atau memancarkan cahaya, menyinarkan;
2. menjadikan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan:
berlian boleh dicuci untuk ~nya;
pencahayaan
1. perihal mencahayakan, penyinaran;
2. penggunaan alat, perkakas yang mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yang sesuai bagi usaha pementasan atau penggambaran:
seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kepada pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yang lain.
cahar
cair (terutama berkenaan tahi);
sakit ~ sakit cirit-cirit;
mencahar mencuci perut dengan memakan ubat pencuci perut;
pencahar ubat pencuci perut, julap.
cahang
tidak ada rasa (makanan), tawar, campah.