cemeh III

[Terengganu] keadaan mata yang tidak dapat celik dengan selesa (kerana kurang tidur dan lain-lain):
Samad baru bangun tidur. Matanya masih ~ lagi.

cemeeh

[Minangkabau] ejekan, hinaan, cemuhan;

mencemeehkan mengejek, menghinakan, mencemuh.

cemburu

1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dan lain-lain);

2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dan lain-lain), curiga:
hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dengan temannya;

3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dan lain-lain dikotori atau dinodai):
mereka menjaga adat resam mereka dengan perasaan ~;
~ buta
cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli;

bercemburu berasa cemburu;

mencemburui
1. iri hati akan;

2. mencurigai, mengesyaki;

3. menjaga:
orang Melayu sangat kuat berpegang pada agama dan ~ agama mereka;

mencemburukan
1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu):
apa benar yang dicemburukan oleh mereka itu;

2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka);

cemburuan
1. = bercemburuan saling cemburu;

2. iri hati;

kecemburuan
1. perihal cemburu;

2. kecurigaan, syak;

pencemburu (orang yang) bersifat cemburu.

cembung I

kembung (melengkung) bulat seperti pada bahagian luar bola (pipi, cermin, dan lain-lain), lawan cekung.

cembul

1. tempat gambir (pinang, kapur, dan lain-lain) yang dibuat daripada logam (ditaruh dalam tepak atau puan);

2. = ~ pedang kepala hulu pedang yang bulat mungkum bentuknya;
~ dapat tutupnya = laksana ~ dengan tutupnya (peribahasa) bersetuju (sesuai) benar antara satu dengan yang lain (cocok sekali).