cewi

[Kelantan], [Perlis] suka menunjuk-nunjuk, suka menggaya (memakai pakaian yang cantik-cantik dan lain-lain).

cewek

[bahasa percakapan]

1. [Indonesia] perempuan yang masih muda;

2. teman wanita.

cewe

1. nama samaran bagi binatang (reptilia dan lain-lain) yang pantang disebut nama betulnya;

2. [Kelantan] ular;
~ angin rusa;
~ aum (mengaum) harimau;
~ bek kambing;
~ bok lembu;
~ ceblek ular;
~ cek tikus;
~ deras kuda;
~ duri landak;
~ epek badak;
~ gigi jarak (panjang) buaya;
~ keng anjing;
~ kerek monyet;
~ kerek nyiur tupai;
~ kuning sami Buddha;
~ untut gajah;
~ wak kerbau;
~ yong kucing.

cetus

bunyi seperti bunyi besi digoreskan ke batu dan lain-lain;
~ api [Minangkabau] pemetik api (daripada batu, besi, sabut, dan lain-lain), teker;
bak ~ api (peribahasa) (orang yang) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dan lain-lain);

mencetus
1. meletus (melompat) ke luar (berkenaan (dengan) bunga api), mengeluarkan bunga api;

2. = ~ api membuat api dengan menggunakan cetus api (gores api dan lain-lain);

3. [Minangkabau] (berkenaan (dengan) kuda dan lain-lain) menggigit orang dengan diam-diam;

4. [Minangkabau] [kiasan] mencari-cari kesalahan;

mencetuskan
1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api);

2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dan lain-lain) dengan sekonyong-konyong, menerbitkan:
hasrat mereka untuk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi;
lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yang akan membuka lembaran baru
;

tercetus berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dan sebagainya):
perkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yang sudah lama terpendam;

cetusan
1. apa yang ditimbulkan (dilahirkan dan lain-lain), sesuatu yang terbit daripada, pancaran, jelmaan:
tulisan itu adalah satu ~ perasaannya;

2. = ~ api cahaya api yang berkilat dan lain-lain, bunga api yang terbit;

pencetusan perihal mencetuskan atau menerbitkan (sesuatu):
~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca;

pencetus sesuatu yang mencetuskan:
~ idea.

cetum

[Kelantan] sapu tangan (kain dan lain-lain) yang dipakai untuk membungkus dan membawa sesuatu;

mencetum membungkus dengan memegang keempat-empat bucu sapu tangan atau kain untuk membawa sesuatu.

cetong

[Kelantan], [Terengganu] bekas air minum dan lain-lain (dibuat daripada logam), kole.