ciau I

menciau berkayuh (mengayuh) sambil berdiri (dengan menggunakan pengayuh panjang).

ciarik

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar riang-riang rimba, Vitis wrayi;
akar ~ putih
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Mallotus repandus.

ciar

menciar-ciar memekik-mekik (bunyi seperti bunyi kanak-kanak menangis);

terciar-ciar terpekik-pekik, terkuak-kuak:
anak kecil itu menangis ~ kerana lapar susu.

ciap

bunyi seperti bunyi anak ayam (burung);
~-miap bermacam-macam bunyi ciap;
se~ bagai ayam, sedencing bagai besi (peribahasa) sama-sama susah, sama-sama senang (seia sekata);

menciap, menciap-ciap berbunyi ciap(-ciap).