daripada

1. sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang yang memberi (mengirim dan sebagainya):
dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya;
hadiah ~ seorang sahabat yang karib;

2. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dan sebagainya:
petikan ~ karya Usman Awang;
air ~ telaga itu berkuman;
diterjemahkan ~ bahasa Arab;

3. sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) bahan dan sebagainya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu:
jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar;
barang-barang ~ getah;

4. sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dan lain-lain) yang terlibat dalam sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dan lain-lain):
Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera;
reka bentuk yang dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yang disediakan dahulu;

5. sendi kata yang digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dan sebagainya):
harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo;
bilangan pelajar yang lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini;

6. sendi kata yang digunakan sebelum menyatakan atau menyebuntukan unsur (akibat dan lain-lain) yang hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dan sebagainya):
mempertahankan diri ~ serangan musuh;
menjauhkan diri ~ bahaya;
langkah-langkah untuk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi;

7. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dan sebagainya sesuatu tindakan (kesimpulan dan lain-lain):
~ apa yang saya dengar, pemandu lori itu yang patut dipersalahkan;
masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu;

8. sendi kata yang memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dengan sesuatu keseluruhan atau jumlah dan sebagainya:
satu ~ sebab-sebab;
hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dalam peperiksaan itu;
sepertiga ~ keuntungan yang diperoleh dijadikan modal.

darihal

berkenaan dengan, tentang, mengenai:
tuliskan sebuah karangan ~ kucing;
sebuah rencana ~ kemalangan di jalan raya.

dari

1. sendi kata yang menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dan lain-lain):
saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi;
~ mana hendak ke mana?;
dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu;
berbilang ~ esa;

2. sendi kata yang menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu:
~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi;
~ kecil lagi;
~ sehari ke sehari;
~ dahulu hingga sekarang;

3. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yang diukur:
kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar;

4. sendi kata yang menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dan lain-lain):
pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan;
usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi;

5. sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dan lain-lain):
dia berasal ~ Medan;
surat ~ London;
dia mengangkat air ~ perigi ke dapur;

sedari sejak dari, bermula dari:
hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi.

darat I

1. tanah (sebagai lawan laut atau air), tanah (sebagai lawan udara);
angkatan ~ = tentera ~ tentera yang bergerak (bertempur dan sebagainya) di darat;

2. kawasan tanah yang tertinggi (lawan baruh):
jalan yang di sebelah ~ sana lebih baik daripada jalan ini;

3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lawan pantai):
anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi;
~-darau
kawasan-kawasan yang tertinggi atau yang terletak di pedalaman;
di laut angkatan, di ~ kerapatan (peribahasa) kekuatan di laut bergantung pada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung pada persatuan;

mendarat
1. turun dari kapal (perahu dan sebagainya) dan naik ke darat:
tentera Jepun sudah ~ di Jawa;

2. turun ke tanah dari udara (berkenaan (dengan) kapal terbang):
kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yang tebal;

3. pergi ke kawasan (daerah) pedalaman:
setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~;

4. [Minangkabau] pergi melalui (jalan) darat:
lebih selamat kita ~ sahaja daripada belayar;

mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat):
Bujang berjalan perlahan-perlahan meredah di dalam semak-semak menuju ke kawasan yang biasa didaratinya;
Tanah Melayu sudah didarati Jepun;

mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat:
Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat;
juruterbang itu berjaya juga ~ kapal terbangnya walaupun cuaca amat buruk;

daratan kawasan tanah yang luas (lawan laut dan pulau):
mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yang kecil terpencil jauh dari ~;

pendaratan
1. perihal mendarat atau mendaratkan:
kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yang begitu banyak;

2. tempat mendarat atau mendaratkan:
orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dari ~ perahunya;

pendarat alat (peralatan, perkakas) untuk mendarat atau mendaratkan:
kapal ~.

daras

mendaras
1. mengaji Quran;

2. mempelajari (menyelidiki) dengan tekun;

pendarasan perihal mengaji (mempelajari, menyelidiki, dan lain-lain);

deras II.

darah II

~ belut sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, tampu rengat, Mezoneuron sumatranum;
akar ~
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kenanga, akar sugi-sugi, Desmos chinensis;
kayu ~ belut
sejenis tumbuhan (pokok), tampal besi, Phyllanthus reticulatus;
rumput ~
sejenis tumbuhan (rumput), rumput lilit kain, Centotheca lappacea.