delinkuen

bersikap melanggar undang-undang (yang tidak serius) atau melakukan perkara yang tidak diterima masyarakat.

delima

sejenis tumbuhan (pokok renek), Punica gramnatum;
~ burung
sejenis tumbuhan (pokok renek), daun pekan, delik air, Memecylon dichotomum;
~ hutan
sejenis tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, Gardenia tubifera;
~ merekah
warna bibir yang elok;
batu ~ sejenis permata (berwarna merah muda);
warna ~ warna merah muda;
seperti daun ~ dengan bunganya (peribahasa) hidup yang tidak berguna.

delik II

[Jawa];

mendelik terbuka luas (seperti mata orang yang memandang dengan marah), membelalak (berkenaan (dengan) mata), menyalang:
dekat mereka terdiri mandurnya, masing-masing dengan tongkat semambu sambil mata ~, kumis melintang di atas bibirnya;

mendeliki memandang dengan mata terbelalak pada.

delik I

sejenis tumbuhan (pokok), Memecylon caloneuron;
~ air

a) sejenis tumbuhan (pokok kecil), bangas putih, delima burung, Memecylon dichotomum;
b) = ~ bangas = ~ putih sejenis tumbuhan (pokok kecil), medang nasi-nasi, Memecylon edule;
~ bukit
= ~ limau manis = ~ tembaga sejenis tumbuhan (pokok kecil), medang berunit (bunut), Anisophyllea apetala;
~ jambu putih
sejenis tumbuhan (pokok renek), api-api hutan, kelat batu, Memecylon coeruleum.

delik

[Indonesia-Belanda] perbuatan yang melanggar undang-undang;
kena ~ [bahasa percakapan] didakwa kerana melanggar undang-undang.