demikian

begitu, begini, seperti itu (ini);
~lah halnya begitulah halnya;
oleh yang ~ oleh (hal) yang begitu;
dalam ~ itu ketika itu;
tak ~ mahal tidak begitu mahal;

sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu:
Esah telah bertahun hidup ~;
kalau ~ indah
kalau sebegitu indah.

demi-finale

[Indonesia-Belanda] setengah (separuh) akhir (berkenaan (dengan) pertandingan, perlawanan dan sebagainya).

demi

1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dan lain-lain), pada ketika:
dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yang menimpa anaknya;

2. dengan, atas (nama Tuhan dan lain-lain, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dan sebagainya);
~ Allah, saya berkata benar;

3. kerana, untuk:
~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka berbagai-bagai rancangan pembangunan yang besar dijalankan;

4. yang satu (seorang) mengikuti yang lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yang lainnya);
dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu;

berdemi;
~ Allah bersumpah dengan (atas) nama Allah.

demen

[Jawa] rasa suka akan seseorang atau sesuatu seperti muzik, memancing dan sebagainya.

dembun

bunyi seperti bunyi benda berat jatuh (bunyi menepuk tilam dan lain-lain);

berdembun, berdembun-dembun berbunyi seperti bunyi benda berat jatuh.

dembam

bunyi seperti bunyi buah nyiur jatuh dan sebagainya;

berdembam jatuh dengan berbunyi dembam.