demografi

kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dan sebagainya) dalam tempoh waktu tertentu:
faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja.

demobilisasi

penamatan perkhidmatan (bagi tentera yang dikerah ketika perang);

mendemobilisasikan menghapuskan (menamatkan) pengerahan tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yang dikerah ketika perang.

demisioner

[Indonesia-Belanda] yang sudah tamat tempoh perkhidmatan tetapi masih bertugas, sementara menanti ganti (berkenaan (dengan) kabinet dan lain-lain).

demiliterisasi

pembebasan daripada hubungan-hubungan (sifat-sifat dan lain-lain) ketenteraan, penarikan tentera daripada sesuatu daerah dan lain-lain (untuk menjadikannya bebas daripada kekuasaan dan sebagainya tentera);

mendemiliterisasikan membebaskan daripada hubungan-hubungan (sifat-sifat dan lain-lain) ketenteraan (berkenaan (dengan) pemerintahan, pentadbiran, wilayah dan lain-lain).