dikit

sedikit tidak banyak (berkenaan (dengan) bilangan, nilai, kadar, dan lain-lain), tidak seberapa:
berilah kami ~ kuih itu;
~ pedas
agak pedas;
~ hari lagi tidak lama lagi;
~ sebanyak lebih kurang;
~ hujan banyak yang basah (peribahasa) kecelakaan yang kecil membawa akibat yang besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar);
~ kerja banyak berantun (peribahasa) perihal kemalasan seseorang (orang yang tidak mahu berusaha membuat sesuatu);

sedikitnya
1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurang-kurangnya, yang paling kurang;

2. jumlahnya yang sedikit;
banyak ~ banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit);

sedikit-sedikit
1. setiap kali sedikit;
~ lama-lama jadi bukit (peribahasa) sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga;

2. walaupun sedikit;

menyedikit berkurang (sedikit-sedikit);

berdikit-dikit
1. sedikit demi sedikit:
wangnya telah dikumpulkan secara ~;

2. berhemat, berhati-hati (berkenaan (dengan) wang dan lain-lain):
mereka boleh hidup sederhana dengan ~;

mendikit-dikitkan, menyedikitkan, mengecilkan (mengurangkan) belanja dan lain-lain, menjadikan sedikit:
mereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang;

mempersedikit menjadikan lebih sedikit;

tersedikit yang paling sedikit.

dikir

1. ucapan (doa) untuk memuji-muji Rasul, biasanya dengan berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi);

2. lagu atau nyanyian dengan berpantun yang dilakukan beramai-ramai;
~ barat [Kelantan] lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun;
~ jelotah sejenis tarian berserta dengan dikir beramai-ramai dalam upacara mengirik padi selepas menuai;

berdikir mengucapkan puji-pujian kepada Rasul (dengan berlagu):
datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud;
~ barat
[Kelantan] bernyanyi (berlagu) dengan berpantun beramai-ramai;

pendikir orang yang melagukan dikir;

zikir.

dikau

engkau atau kamu (digunakan jika perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n):
akan ~;
dengan ~.

digraf

dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap.

digniti

1. sifat yang mulia, kemuliaan, kebesaran:
mereka menganggap kerja mereka sebagai satu profesion yang mempunyai maruah dan ~ tersendiri;

2. kedudukan (gelaran, pangkat, dan lain-lain) yang tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

diglosia

(Linguistik) kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa mengikut situasi, yang satu lebih tinggi statusnya apabila berada dalam situasi formal berbanding dengan yang satu lagi dalam situasi tidak formal.

digital

(Komputer) beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data;

mendigitalkan menukarkan (data dan sebagainya) kepada bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer;

pendigitalan proses (perihal, perbuatan dan sebagainya) mendigitalkan.

digit

mana-mana satu angka Arab dari kosong hingga sembilan, angka, nombor:
4204 mengandungi empat ~;
~ perduaan
digit sifar atau satu dalam sistem perduaan;

berdigit mempunyai digit, digital:
jam ~.