dimiti

(Tks) sejenis fabrik daripada kapas yang mempunyai corak berjalur-jalur dan sebagainya yang timbul, biasanya digunakan untuk membuat cadar, langsir dan sebagainya.

dimensi

1. ukuran saiz sesuatu (seperti tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat:
dalam rajah yang kamu lukis itu, tunjukkan ~nya;
cara ideal ialah audiovisual dan tiga ~;

2. aspek:
apakah ~ baru yang harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan itu akan menjadi sesuatu yang hakiki dan abadi?

berdimensi mempunyai dimensi;

mendimensi mengambil ukuran, mengukur.

dim sum

sejenis makanan masyarakat Cina yang diperbuat daripada adunan tepung berisi inti daging, sayur dan sebagainya yang dikukus.

dilema

keadaan yang menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif (benda, orang, situasi, dan lain-lain) atau lebih;
keadaan serba salah:
ini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dalam ~ berkaitan dengan pelibatannya di Afghanistan.

dil

buah ~ sejenis bola yang keras;
(ber)main ~ bermain bola keras dengan menggunakan tongkat seperti dalam permainan hoki.