dolar

mata wang (di Amerika Syarikat, Kanada, dan lain-lain);
negara ~ negara yang menggunakan mata wang Amerika Syarikat dalam perdagangan.

dolak-dalik

(cakap atau pendirian yang) tidak tetap atau selalu bertukar-tukar, cakap berbalik-balik;

berdolak-dalik bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yang sama):
dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yang sebenar tentang dirinya diketahui orang.

dokumentasi

himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dan lain-lain), perbahanan:
H.B. Jassin mempunyai ~ sastera Indonesia yang lengkap;
filem ~
[Indonesia] filem dokumentari;

mendokumentasikan mengusahakan (dengan mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dan sebagainya) sehingga tersedia sebagai dokumentasi:
persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan dokumentasi sendiri untuk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka;
seseorang pengumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yang boleh menjadi bahan kajian penting untuk generasi akan datang;

pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dan sebagainya) mendokumentasikan:
~ cerita rakyat;
~ sastera Iban.

dokumentari

tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dan lain-lain):
filem ~.

dokumen

sesuatu yang bertulis atau bercetak (seperti sijil kelahiran, sijil kematian, dan lain-lain) yang digunakan sebagai rekod atau bukti:
salinan-salinan ~ yang telah dirampas itu ada menyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan;

mendokumenkan
1. mencatatkan sesuatu sebagai dokumen:
negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif untuk ~ semua penemuan itu;

2. membuktikan (menunjukkan) dengan dokumen, memberi maklumat berupa dokumen untuk menerangkan atau membuktikan sesuatu;

pendokumenan perihal (proses, tindakan dan sebagainya) mendokumenkan.