dorongarah

(Biologi) gerakan bahagian-bahagian pokok (seperti akar, daun dan lain-lain) yang disebabkan oleh cahaya matahari, tarikan bumi, atau air.

dorong

mendorong
1. menyorong (ke depan), menolak (dari belakang ke depan), tampil (ke depan):
kereta yang kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan;

2. [kiasan] memberangsangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu):
tidak pernah saya ketemui orang yang sanggup menolong dan ~ saya melanjuntukan pelajaran saya seperti Pak Man itu;
keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya untuk bekerja di kapal;
apa yang diutarakan mereka dalam mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yang meruap-ruap di dada mereka;
keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yang banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh;

dorong-mendorong bertolak-tolakan;

mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka):
dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium;

terdorong
1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan:
Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh;

2. [kiasan] terlanjur (melakukan sesuatu yang tidak baik), terlajak:
sesudah ~, baru timbul rasa sesal pada dirinya;
~ lidah (mulut, kata)
ki terlepas (terlajak) cakap;

3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) untuk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong:
tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ untuk mencurahkan segala isi hatinya;
~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya
(peribahasa) kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya;

dorongan
1. sorongan, tolakan, asakan;

2. [kiasan] galakan, anjuran, desakan, perangsang:
masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yang bertentangan faham;
dia berjaya kerana ~ yang kuat daripada ayahnya sendiri;

keterdorongan keadaan (perihal) terdorong:
~ orang untuk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi;

pendorongan perihal atau perbuatan mendorong;

pendorong
1. (benda) yang mendorong (menyorong, menganjur, dan lain-lain), penyorong, penolak;

2. [kiasan] sesuatu atau orang yang mendorong, penggalak, pemberangsang:
tidak ada ~ yang kuat untuk orang bukan Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan.

dorna

[Jakarta] orang yang suka membuat orang bertelingkah dan lain-lain, penghasut, pengacum;

mendornai membuat orang bertelingkah dan lain-lain, menghasut, mengacum, mengadu domba.

dorman

(Biologi) berkenaan jangka masa ketika aktiviti biologi haiwan atau tumbuhan berkurang.

dorm

bilik tidur besar yang mempunyai beberapa banyak katil di asrama sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.