efek II

[Indonesia-Belanda] surat yang boleh dicagarkan (seperti bon, surat saham, dan lain-lain).

EEC

[kependekan] European Economic Community (Komuniti Ekonominomi Eropah).

ee

[kata seru] kata untuk menarik perhatian (kerana hairan, terkejut, dan lain-lain):
~ , jaga-jaga sikit ya!;
~, kalau tak silap, itu Encik Nasir!

EDP

[kependekan] electronic data processing (pemprosesan data elektronik).

editorial

1. berkenaan dengan editor (dari segi tugas, tanggungjawab dan sebagainya):
jawatankuasa ~;

2. rencana khas dalam akhbar dan sebagainya yang ditulis oleh editor, pengarang, atau penerbitnya untuk mengutarakan pandangan atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang, rencana pengarang.

editor

orang yang memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dan sebagainya) untuk dicetak, penyunting, pengedit:
mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca;
~ kopi
editor yang menyunting manuskrip dari segi ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa, dan gaya penulisan sesuai dengan gaya penerbit.

edit

mengedit menyunting (karangan, buku, dan sebagainya);

pengeditan proses (kerja dan sebagainya) mengedit, penyuntingan;

pengedit orang yang mengedit, editor.

edisi

1. versi tertentu buku yang dicetak pada satu-satu masa:
~ Dewan Bahasa dan Pustaka;

2. bentuk teks yang diterbitkan:
~ kulit keras;

3. keluaran surat khabar atau majalah berkala untuk masa atau tempat tertentu:
surat khabar ~ pagi.

edik

perintah, pengisytiharan, dan lain-lain yang formal oleh pihak yang berkuasa.