filologi

1. kajian ke atas bahan-bahan bertulis (biasanya karya sastera) dan penentuan kebenaran atau ketulenan (keaslian) bentuknya dan maknanya;

2. istilah lama bagi linguistik sejarah dan perbandingan, terutamanya yang berdasarkan bahan tulisan dan kesusasteraan.

filogeni

(Linguistik) kajian tentang sejarah dan perkembangan bahasa berdasarkan beberapa tahap.

filharmonik

berkaitan dengan persembahan, penghayatan dan sebagainya orkestra, muzik dan sebagainya:
dewan ~;
orkestra ~.

filet

potongan atau kepingan isi ikan, atau daging (lembu, ayam dan sebagainya) yang tidak bertulang:
~ ikan.

filem

1. benda tipis daripada seluloid yang dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif);

2. gambar bergerak yang ditayangkan pada layar, biasanya di pawagam, wayang gambar:
mereka selalu berbicara tentang cerita ~;
~ bicara
wayang bersuara (wayang gambar yang pelakon-pelakonnya berkata-kata);
~ berwarna wayang gambar dalam warna-warni;
~ bisu wayang gambar yang pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi;
~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dan sebagainya) tertentu;
~ lucah filem yang banyak menayangkan adegan seks;

memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dalam bentuk filem:
syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;

perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar):
perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun;
masalah ~.

filaria

(Perubatan) sejenis cacing parasit daripada famili Filariidae yang hidup di dalam darah dan tisu haiwan vertebrat yang mengakibatkan penyakit filariasis, biasanya disebarkan oleh serangga tertentu seperti nyamuk dan sebagainya.

filamen

1. tangkai stamen yang mempunyai cepu debunga;

2. dawai halus (biasanya tungsten) dalam mentol lampu elektrik.