fisiologi

1. cabang ilmu sains berkenaan fungsi organisma;

2. proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma:
perlu juga disebuntukan tentang kajian beliau berkenaan dengan ~ mata dan masalah pelihatan.

fisiognomi

1. roman muka yang dapat menggambarkan kelakuan atau keperibadian seseorang;

2. seni menilai kelakuan atau keperibadian seseorang daripada roman mukanya.

firman

amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan):
~ Allah kita ingatkan;

berfirman bersabda, bertitah memberi amaran:
Tuhan telah ~ Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.;

difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan.

firasat

1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang:
maka diketahui oleh sultan dengan ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja;

2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu:
saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan;

3. tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) yang dapat menggambarkan kelakuan orang:
menurut ~nya, ia orang yang tinggi hati;

berfirasat
1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yang ada:
aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya;

2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yang ada:
kawan pasangannya harus pandai ~.