wig

sejenis rambut palsu berkeriting berwarna putih, yang dipakai oleh hakim dan sebagainya semasa perbicaraan di mahkamah.

wibawa

= kewibawaan
1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yang membolehkan seseorang dan lain-lain menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yang kuat:
kewibawaannya sebagai pemimpin persatuan itu dipertikaikan;
memang benar pemimpin yang dikurniai daya penarik dan ~ untuk menggerakkan rakyat itu seorang diktator;
~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya;

2. sifat atau keistimewaan sesuatu, seperti sesebuah institusi atau terbitan yang menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan:
~ Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa;

berwibawa = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan):
penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~;
untuk menjadi media massa yang ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pada manusia dan permasalahannya yang sebenar;
pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif.

WHO

[kependekan] World Health Organisation (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

wewenang

[Jawa] hak dan kekuasaan (untuk berbuat sesuatu):
eh, kalau aku punya ~, aku juga ingin punya duit banyak-banyak.