1. hingga ke, sampai ke, paras, takat;
~ pinggang setinggi pinggang;
2. muka (air dan lain-lain):
berapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya ~ air naik satu meter;
~ air muka air;
3. tingkat:
naik lif hingga ke ~ lima;
~ bumi kedudukan yang sama aras dengan permukaan bumi;
~ dada (Perhutanan) ketinggian (1.3 meter) yang lazimnya digunakan sebagai piawai untuk mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup;
~ laut aras purata permukaan laut berbanding dengan permukaan daratan;
~ tinggi ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yang biasanya diukur dari aras laut, altitud;
mengaras menyentuh, mencapai, sampai ke;
~ awan sampai ke awan.