1. berada di antara dua benda (orang dan lain-lain), tercepit, terhimpit;
2. = apitan perkakas untuk menyepit (menghimpit);
3. = pengapit orang yang mengiring raja, ajutan, barang yang di kiri kanan sesuatu;
~ cina
a) rotan untuk menyepit jari murid yang nakal;
b) barang yang dihimpit atau disepit;
~ kanan (kiri) pemain (dalam permainan sepak takraw) dalam barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri);
~ khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yang jatuh pada hari Jumaat dan dengan ini khutbah dibaca dua kali pada hari tersebut;
~ lempang
a) papan yang di atas lunas (pada perahu);
b) pengiring raja, ajutan;
~ tempang papan yang menutup rangka perahu, badan perahu;
apit-apit perangkap tikus (harimau dan lain-lain);
berapit
1. berada di antara dua benda (orang dan lain-lain);
duduk ~ duduk di antara dua orang;
2. berdekatan, berhimpit, bersanding;
bintang ~ dua bintang yang berdekatan letaknya;
mengapit
1. menyepit, menghimpit, menindih;
~ minyak memerah minyak;
2. menempatkan di antara dua benda (orang dan lain-lain), mengiringi di kiri kanan:
semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis;
diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali (peribahasa) perempuan yang tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan;
memperapitkan merapatkan, menghimpitkan;
apitan
1. perkakas untuk menghimpit (mengempa, menyepit):
~ minyak;
~ tebu;
2. (Linguistik) awalan dan akhiran yang diberi serentak pada sesuatu kata (mis ke … an, pe … an, dan lain-lain);
pengapitan perihal mengapit;
pengapit
1. perkakas untuk mengapit;
2. picitan (dengan jari);
3. orang di kiri kanan pengantin;
4. pembantu, ajutan, apit.