anak I

1. manusia atau binatang yang masih dalam kandungan atau yang baru lahir:
seseorang ibu yang sedang mengandung perlu menjaga kesihatannya supaya ~nya yang di dalam kandungan juga sihat;
~ kecil yang baru berumur dua bulan;

2. baka yang diturunkan oleh ibu dan bapa:
~ mereka kesemuanya perempuan;

3. kanak-kanak, budak:
~ itu sudah ke sekolah;

4. binatang yang masih kecil:
~ monyet;
~ gajah;
~ burung;
~ ikan;

5. pokok kecil yang tumbuh pada umbi atau rumpun pokok yang besar, pokok yang baru tumbuh:
~ lengkuas;
~ pisang;

6. orang yang berasal dari (sesuatu tempat atau sesebuah negeri):
~ Melaka;
~ Siam;

7. anggota (kumpulan pekerja dan lain-lain), kakitangan, pekerja:
~ perahu;

8. bahagian yang kecil pada sesuatu benda:
~ tangga;

9. sesuatu yang kecil daripada yang lain:
~ bukit;
~ Adam
manusia;
~ air sungai kecil;
~ alang anak ketiga;
~ ali-ali batu humban;
~ angin angin yang lembut;
~ angkat anak yang diambil dan dijadikan sebagai anak sendiri;
~ anjing
a) anjing yang masih kecil;
b) bahagian bawah buah (jantung) betis;
~ asak boneka, patung;
~ ayam
a) ayam yang masih kecil;
b) alat muzik (digunakan dalam permainan makyung dan lain-lain);
~ baju baju dalam;
~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan;
~ batu batu kecil;
~ bedil peluru;
~ bilik ruangan kecil yang ditambah pada bilik;
~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang);
~ bongsu anak yang termuda;
~ buah
a) orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga (negeri dan lain-lain);
b) orang yang temasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang;
c) pekerja di kapal (kapal terbang dan lain-lain);
~ bukit bukit kecil;
~ bulan bulan sebagaimana yang kelihatan pada hari pertama sesuatu bulan Hijrah;
~ busur peluru busur, anak panah;
~ cucu
a) anak dan cucu;
b) keturunan, zuriat;
~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pada sejenis timbangan untuk menentukan berat;
~ dagang orang asing;
~ damak peluru sumpitan;
~ dapat anak yang dijumpai di jalan;
~ dara anak perempuan yang agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis;
~ dayung orang yang mendayung perahu;
~ didik seseorang, organisasi dan sebagainya yang dididik (dilatih, dibimbing dan sebagainya) supaya mahir atau terampil dalam sesuatu bidang;
~ emas
a) anak abdi yang diambil jadi anak oleh tuannya;
b) [Indonesia] anak yang diambil sebagai anak oleh orang asing;
c) orang yang dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa);
~ gadis anak dara;
~ gahara anak raja daripada permaisuri;
~ galuh [Jawa] puteri;
~ gampang anak yang lahir di luar nikah;
~ genta bahagian genta (loceng) sebagai pemukul (yang membunyikan);
~ gobek pelocok (antan) pada gobek;
~ guam orang yang menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan daripada peguam untuk urusan sesuatu kes;
~ gugur anak yang lahir mati sebelum genap bulannya;
~ gundik anak raja daripada gundik;
~ halal anak yang sah (lahir hasil perkahwinan yang sah);
~ haram [bahasa kasar] anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah antara ibu bapanya, anak sundal;
~ hitam anak yang ketujuh;
~ jantan
a) [bahasa percakapan] anak lelaki;
b) orang (lelaki) yang berani;
~ jari jari tangan;
~ jati seseorang yang dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dan sebagainya);
~ jentera jari-jari jentera;
~ joget penari joget;
~ kalimat [Indonesia] ayat yang bergantung pada ayat lain;
~ kandung anak sendiri;
~ kapal pekerja kapal (kapal terbang);
~ kati anak dacing;
~ kemanakan anak (dr) saudara;
~ kembar dua (tiga dan lain-lain) anak yang lahir bersama-sama dari satu kandungan;
~ kencing [bahasa kasar] anak haram;
~ keti bola kayu yang dipakai dalam sejenis permainan;
~ kolong [Indonesia] [bahasa kasar] anak serdadu (zaman kolonial);
~ komidi pelakon;
~ kunci
a) alat untuk membuka kunci (diputarkan pada mangga dan lain-lain);
b) [kiasan] petua untuk mencapai sesuatu:
~ kunci pada kebanyakan pengetahuan;
~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dalam kerongkongan);
~ limpa kelenjar yang mengeluarkan hempedu;
~ luar nikah anak yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yang sah antara ibu bapanya;
~ lumpang pelocok pada lumpang;
~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata;
~ meja laci meja;
~ merah anak yang baru lahir;
~ muda
a) orang yang masih muda, pemuda;
b) anak yang kelapan;
~ murid
a) anak yang masih belajar di sekolah;
b) murid kepada seseorang guru;
~ negeri
a) orang yang berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri;
b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan;
~ ngah anak yang kedua;
~ panah peluru panah, anak busar;
~ pandak anak yang keempat;
~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara);
~ panjang anak yang kelima;
~ pelor peluru;
~ penakan anak daripada saudara;
~ perahu pekerja dalam perahu, kakitangan perahu;
~ piara anak yang dipelihara orang;
~ piatu anak yang tidak beribu bapa;
~ pisang [Minangkabau] anak mamak (menurut keturunan laki-laki);
~ pungut anak yang diambil jadi anak sendiri;
~ putih anak yang keenam;
~ rambut rambut di pelipis;
~ ronggeng penari ronggeng;
~ saku kocek kecil;
~ sanak = ~ saudara anak daripada saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang;
~ sasian [Minangkabau] murid;
~ sekolah anak murid (di sekolah);
~ semang orang yang bekerja (menumpang) pada orang lain;
~ sulung anak yang tertua;
~ sumbang anak yang lahir daripada perempuan yang tidak boleh dikahwini;
~ sundal bk
a) anak haram;
b) kata makian yang kasar;
~ sungai sungai kecil yang bermuara pada sungai besar;
~ susuan
a) anak yang masih menyusu;
b) anak orang lain yang disusui;
~ syarikat syarikat yang sebahagian besar saham dan kepentingannya yang lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain;
~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yang dikuasai oleh syarikat induk yang sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung;
~ syarikat milik penuh syarikat yang seluruh saham yang diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain;
~ tangan jari tangan;
~ tangga tempat berpijak pada tangga;
~ tanggung anak yang hampir dewasa;
~ tari penari;
~ taruhan anak yang paling dikasihi;
~ tekak anak lidah;
~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga;
~ tempatan orang yang berasal dari sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing);
~ teruna pemuda;
~ timbangan anak dacing;
~ tonil [Indonesia] pelakon;
~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi);
~ ubat
a) orang sakit yang sedang dirawat;
b) anak yang dibesarkan dengan ubat;
~ wang bunga wang;
~ wayang pelakon (wayang, bangsawan);
~ watan anak negeri (bukan orang asing);
~ yatim
a) anak yang tidak berbapa;
b) (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa;
~ yatim piatu anak yang sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu;
~ baik menantu molek (peribahasa) kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda;
~ di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui (peribahasa) menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan;
~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing (peribahasa) anak orang besar biasanya jadi orang besar juga;
~ kunci jahat, peti derhaka (peribahasa) kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak;
~ orang ~ orang juga (peribahasa) seseorang yang asing bagi kita akan tetap asing juga;
~ seorang menantu malim (peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang beruntung mempunyai anak perempuan;
~ seorang penaka tidak (peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang mempunyai sesuatu barang yang tidak ada gantinya;
~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng (peribahasa) bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yang diutamakan;
bagai ~ sepat ke tohor (peribahasa) dikatakan kepada orang yang bermalas di tempat orang lain;
bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam masuk empat keluar lima (peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang tidak mungkin dilakukan;
dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan (peribahasa) mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan;
kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri (peribahasa) kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang;
kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = [Minangkabau] sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan (peribahasa) yang disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan;
kecil-kecil ~ harimau (peribahasa) kecil tetapi berbahaya juga;
kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak (peribahasa) anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran;
menggerek bagai ~ nangoi (peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang beranak banyak tetapi malas mencari nafkah;
rosak ~ oleh menantu (peribahasa) mendapat kerugian kerana perbuatn orang kepercayaan atau yang dikasihinya;
seperti ~ ayam kehilangan ibunya (peribahasa) berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan);
seperti ayam patuk ~nya = seperti kerbau menanduk ~ dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujung (peribahasa) memarahi anak atau kekasih bukanlah kerana benci, tetapi kerana hendak mengajar;
tergising-gising bagai ~ tiada diaku = terkesot-kesot bagai ~ tidak diaku (peribahasa) mendekati orang yang tidak mahu dihampiri oleh kita;

anak-anak
1. banyak budak:
~ sudah ramai berkumpul di depan sekolah;
2. budak kecil, kanak-kanak:
dia masih ~ lagi;
3. boneka, patung;

anak-anakan boneka, patung;
~ mentimun anak angkat yang dijadikan isteri;

beranak
1. melahirkan anak, bersalin:
isterinya baru ~;
dukun ~
bidan;
sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak;

2. mempunyai anak:
mereka sudah ~ dua orang;

3. dengan (bersama dengan) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dan lain-lain orang) berserta dengan anak:
orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu;
mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu;
belum ~ sudah berbesan (dahulu)
= belum ~ sudah ditimang (peribahasa) keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang;

anak-beranak
1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka):
dialah yang membantu kami ~;

2. suami atau isteri serta anak-anak;

beranakkan
1. mempunyai sebagai anak(nya):
dia malu ~ seorang penjahat;

2. melahirkan (seseorang):
nenekku berumur enam belas tahun sewaktu ~ bapaku;

menganak;
~ semang menjadi anak semang, memburuh;
~ sungai menyerupai anak sungai, mengalir banyak-banyak (peluh, darah, dan lain-lain), banyak sekali (minuman dan lain-lain);

memperanakkan melahirkan:
ia berasal dari Bentan, tetapi diperanakkan di Melaka;
lain orang ~, lain dipanggil bapa
(peribahasa) keuntungan tidak selamanya didapat oleh orang yang berhak menerimanya;

anakan
1. bunga wang;

2. boneka, patung;

keanak-anakan berlaku (berkelakuan) seperti anak-anak:
tabiat yang ~;

peranakan
1. keturunan anak negeri dengan orang asing:
~ Cina;
2. yang dilahirkan di:
pemuda-pemuda ~ Melaka;

3. rahim (tempat bayi dalam perut), kandungan:
sakit ~.

berkongsi