ampun

kebebasan daripada hukuman (kerana dosa atau kesalahan yang telah dilakukan), maaf:
meminta ~ atas segala kesalahan;

mengampuni memberi ampun (kpada seseorang), memaafi (seseorang):
baginda mempunyai kuasa untuk ~ orang salah;

mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dan sebagainya seseorang):
mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya;

terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan:
dia menangis kerana dosanya dengan emak dan ayah belum lagi ~;
jika orang yang berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~;

ampunan
1. = keampunan ampun maaf:
menunggu-nunggu ~ daripada orang tuanya;

2. = pengampunan;

pengampunan pembebasan daripada hukuman dan tuntutan:
~ kepada pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri;

pengampun yang suka mengampuni:
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~.

berkongsi